Utusan Borneo (Sarawak)

Kasih ibu muda dalam drama 24 Mac ini di TV1

-

KISAH perjuangan seorang ibu muda mencari dan menuntut anaknya yang diculik oleh ibu mertuanya sejak dilahirkan setelah kematian suami dan dipersalah­kan kerana kahwin lari. Setelah tujuh tahun, anak yang diculik ditemui tapi dihalang oleh mertuanya memaksa Anida lakukan pelbagai perkara untuk dekati anaknya lalu membawa lari dan ditangkap polis.

Realitinya situasi ini berlaku dalam masyarakat kita. Hanya empunya diri terlibat yang merasai keperitan berdepan kesukaran tersebut.

Menampilka­n watak utama gandingan Nad Zainal dan Puteri Balqis, Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan drama konflik kekeluarga­an bertajuk ‘Jangan Ambil Anak Aku’ mengisi slot Panggung Seri di TV1 pada 24 Mac ini, jam 9.00 malam.

Drama ini turut dibintangi oleh Jasmin Hamid, Azrel Ismail, Ellie Suriaty dan Taufiq Izmir.

Kisahnya berkembang dengan plot kerana tak direstui, Anida dan Ariff kahwin lari ke Thailand. Setelah Anida mengandung, Arif minta ampun daripada mamanya Zariffa kerana berkahwin lari ke Thailand.

Zariffa menyuruh Arif ceraikan Anida kemudian berkahwin dengan Salina namun Arif enggan dan keluar rumah lalu kemalangan.

Kematian Ariff menyebabka­n Zariffa makin benci dan menghalau Anida yang mahu berjumpany­a serta tidak mengaku Anida sebagai menantu.

Berbulan Anida kemurungan ditambah lagi tekanan daripada abangnya Sameon yang menyalahka­nnya menyebabka­n ibu mereka, Normah sakit ekoran dia kahwin lari.

Kelahiran Airis Rania menjadi penawar namun Anida meroyan bagai orang gila apabila anak yang baru seminggu dilahirkan diculik.

Tujuh tahun Anida hidup dalam penyesalan dan kekecewaan dalam masa yang sama terpaksa menjaga ibu yang sakit ekoran tindakanny­a.

Tujuh tahun berlalu. Anida nekad mahu mencari Airis bila Sameon pindah semula ke rumah ibunya setelah bercerai kerana pemalas.

Sameon menghalang­nya, konon mahu kerja dan Anida yang patut menjaga ibunya. Anida serba salah tapi apabila terbongkar Sameon dalang penculikan anaknya oleh ibu mertuanya, Anida mengamuk.

Dan ketika itu jugalah Normah meninggal dunia lalu Anida ke Kuala Lumpur mencari Airis. Nabil yang menyimpan cinta pada Anida berkorban membantu dan beri dorongan kepada Anida untuk teruskan hidup dan mencari anaknya.

Airis memeningka­n kepala Zariffa apabila makin kerap bertanya tentang ibunya yang sudah mati. Airis teringin nak bermesra dengan ibu yang dikatakan sudah mati oleh neneknya.

Zariffa pula sedang berkonflik dengan suaminya, Hisyam yang punya teman wanita dan bakal berkahwin.

Sebaik tiba ke banglo Zariffa tanpa Nabil, Anida menuntut Airis tapi dihalau oleh Zariffa. Zariffa panik lalu mengupah pengawal peribadi untuk menjaga Airis.

Anida mengintip pergerakan Airis dengan sedih namun dengan usaha Nabil, Anida dapat bekerja sebagai tukang cuci sekolah hingga lalu mendekati Airis dan melayaniny­a seperti anak sendiri.

Airis gembira dan sering menipu Zariffa untuk bertemu dengan Anida yang membuatkan dia rasa memiliki ibu. Apabila Zariffa syak sesuatu, Anida tiada pilihan, mengaku dia ibu Airis dan membawa Airis lari.

Zariffa mengamuk dan membuat laporan polis dengan alasan Anida gila lalu Anida ditahan. Kerana naluri ibu dan bantuan Nabil, Anida nekad bawa ke mahkamah untuk menuntut hak penjagaan ke atas Airis.

Zariffa panik. Hisyam desak berdamai saja, tak mahu imejnya sebagai tokoh perniagaan tercemar. Namun Zariffa tak peduli, hinggalah dapat tahu Salina adalah bakal isteri Hisyam.

Zariffa terpukul dengan permainann­ya sendiri lalu tanpa sengaja terbunuh Salina. Anida bersyukur Airis kini miliknya bersama Nabil.

Bagi anda yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ?? — Gambar AFP ?? Aktres Bollywood Rhea Chakrabort­y memperagak­an rekaan oleh pereka fesyen India Nina Dhaka semasa Minggu Fesyen Amazon India di New Delhi pada 15 Mac lepas.
— Gambar AFP Aktres Bollywood Rhea Chakrabort­y memperagak­an rekaan oleh pereka fesyen India Nina Dhaka semasa Minggu Fesyen Amazon India di New Delhi pada 15 Mac lepas.
 ??  ?? TERAJU UTAMA: Nad Zainal sebagai Anida dalam drama ini.
TERAJU UTAMA: Nad Zainal sebagai Anida dalam drama ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia