Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga cerita dongeng di Astro First khas cuti sekolah ini

-

menceriaka­n musim cuti persekolah­an datang ini, Astro akan membawakan ceritaceri­ta rakyat popular dari negara Nusantara seperti Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei menerusi sebuah filem televisyen (FTV) bertajuk ‘Suatukala’.

Tiga hikayat dongeng lama, ‘Merah Puteh’, ‘Malin Kundang’ dan ‘Badang’ telah diberi nafas baru dan diceritaka­n semula dalam filem televisyen (FTV) ‘Suatukala’ untuk tontonan seisi keluarga.

FTV ini menemui penonton mulai 15 Mac di Astro First Eksklusif saluran 480 dan menerusi platform digital, ‘on demand’.

‘Suatukala’ merupakan sebuah karya antologi yang dizahirkan oleh tiga pengemudi utama yang menduduki kerusi Pengarah. ‘Merah Puteh’ mendapat sentuhan pengarah hebat, Shamyl Othman. ‘Badang’ pula menampilka­n Nik Amir Mustapha, satu nama yang tidak perlu diperkenal­kan lagi dalam dunia seni tanah air. Manakala ‘Malin Kundang’ diarahkan oleh seorang pemain baru yang begitu berpotensi besar, saudara Edison Cheam.

Kolaborasi ini memberi ketiga-ketiga pengarah kebebasan untuk menggarap karya mengikut kreativiti masingmasi­ng.

Audiens bakal lihat gaya pengarahan, jalan penceritaa­n dan struktur plot yang pelbagai, dalam satu latar atau tema filem yang sama.

Ini merupakan keunikan yang ditawarkan ‘Suatukala’, yang mana tiga cerita rakyat popular dikompakka­n menjadi satu versi padat, segar dan moden.

FTV ini turut menampilka­n namanama terkemuka yang terlibat secara langsung di hadapan dan di belakang tabir termasukla­h Yusry Abdul Halim yang mengetuai bahagian efek khas serta gabungan pelakon berpengala­man dan bakat-bakat muda yang amat berbakat.

Mereka termasukla­h Kamal Adli, Dynas Mokhtar, Amir Raja Lawak, Sharifah Shahirah, Liza Othman, Rykarl Iskandar, Wafiy Ilhan, Sweet Qismina, Harith Haziq, Qistina Raisah, Arel Azimi, Syumaila, Zynakal, Arif Karim dan Firdaus Ghufran.

Salah satu objektif utama ‘Suatukala’ dizahirkan dalam bentuk filem adalah untuk memberi peluang kepada generasi muda hari ini mengetahui kisahkisah dongeng hebat yang pernah menghiasi dunia ibu bapa mereka pada suatu masa dahulu.

Ini merupakan kisah serumpun yang sarat dengan mesej positif dan nilai-nilai kekeluarga­an, yang mana turut diperdenga­rkan di negara Nusantara yang lain. Ia membuktika­n bahawa masyarakat di negaranega­ra ini memiliki persamaan yang ketara dan menerusi ‘Suatukala’, semoga hubungan serantau yang telah lama terjalin ini boleh terus disemai.

‘Suatukala’ yang mengetenga­hkan genre komedi keluarga dan fantasi ini berdurasi selama 90 minit dengan setiap cerita dongeng dipertonto­nkan selama 30 minit.

Sesi penggambar­an telah berlangsun­g selama 12 hari pada bulan November lalu dengan lokasi utama di Kem Isi Rimba, Kemensah, Kuala Lumpur dan di The Root Eco Resort, Tanjung Rambutan, Ipoh.

Penyanyi popular, Syamel turut terlibat menyumbang­kan suara untuk lagu tema ‘Suatukala’ yang berjudul ‘Teruskan Mencuba’ bersama barisan penyanyi cilik, Wafiy, Erissa, Masya.

Putri Yasmin Megat Zaharuddin, Naib Presiden Gen Next ASTRO, berharap ‘Suatukala’ ini dapat dijadikan pendorong kepada pemain industri untuk mengangkat lebih banyak cerita-cerita rakyat atau kisah-kisah dongeng lama dan dizahirkan semula dengan nafas baru, seiring dengan peredaran zaman.

“Kebanyakan anakanak pada hari ini lebih terdedah kepada kisahkisah dongeng dari luar negara.

“Menerusi ‘Suatukala’, kami angkat semula kisahkisah dongeng tempatan yang cukup terkenal di kalangan masyarakat serumpun dan kami titipkan juga nilai-nilai murni agar anak-anak ini mendapat pengajaran daripadany­a,” katanya.

“Semoga usaha kami ini sedikit sebanyak membantu mengekalka­n khazanah sastera lisan klasik Nusantara agar boleh disampaika­n kepada generasi yang akan datang,” tambah beliau.

 ??  ??
 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? TURUT BERLAKON: Kamal Adli dan Amir Raja Lawak turut terlibat menjayakan Merah Puteh.
— Gambar Bernama TURUT BERLAKON: Kamal Adli dan Amir Raja Lawak turut terlibat menjayakan Merah Puteh.
 ??  ?? YASMIN MEGAT
YASMIN MEGAT

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia