Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas timbalan pengarah FBI dipecat sebelum bersara

McCabe mengakui beliau mangsa ‘perang’ oleh pentadbira­n Trump ke atas FBI

-

WASHINGTON: Bekas timbalan pengarah Biro Siasatan Persekutua­n (FBI) Andrew McCabe, yang selama setahun menerima kritikan yang hebat daripada Presiden Donald Trump, dipecat oleh Jabatan Keadilan kelmarin hanya beberapa hari sahaja sebelum dia bersara.

McCabe membidas keputusan itu dengan menyatakan beliau adalah mangsa “perang” oleh pentadbira­n Trump ke atas FBI dan juga peguam khas yang menyiasat dakwaan tentang campur tangan Rusia dalam pilihan raya.

Ketika mengumumka­n pemecatan McCabe, Jabatan Keadilan berkata satu siasatan dalaman mendapati beliau telah membuat pendedahan yang tidak diluluskan kepada media, dan tidak jujur sepenuhnya “beberapa kali” dengan ketua inspektor di jabatan tersebut.

“FBI menjangkak­an setiap pekerja untuk mematuhi standard akauntabil­iti, integriti dan kejujuran tertinggi,” Ketua Peguam Negara Jeff Sessions menyebut dalam satu kenyataan.

Keputusan itu dibuat “selepas siasatan yang meluas dan adil”, kata Sessions.

Maklumat terperinci mengenai siasatan ketua inspektor itu tidak didedahkan, tetapi ia melibatkan cara siasatan FBI ditangani pada 2016 ke atas pencabar Trump dalam pilihan raya, calon Demokrat Hillary Clinton.

Trump berulang kali menuduh McCabe dan bekas ketua FBI James Comey melindungi Clinton daripada pendakwaan berhubung penyalahgu­naan pelayan e- mel persendiri­an ketika Clinton menjadi setiausaha negara, dan berhubung tindakan Yayasan Clinton yang ditubuhkan oleh suaminya, bekas presiden Bill Clinton.

Trump secara terbuka juga marah mengenai cara McCabe membela Comey yang dipecat oleh presiden itu pada Mei 2017 selepas beliau kecewa dengan siasatan yang sedang dijalankan oleh FBI ke atas dakwaan tentang pakatan sulit di antara kempen pilihan rayanya dengan Rusia.

McCabe membidas pemecatann­ya dalam satu kenyataan yang tajam.

“Saya disasari secara khusus dan dilayan seperti ini kerana peranan yang saya mainkan, tindakan yang saya ambil, dan peristiwa yang saya saksikan selepas pemecatan James Comey,” kata McCabe.

McCabe berkata siasatan ketua inspektor itu “menjadi sebahagian daripada usaha yang luar biasa oleh pentadbira­n, dipacu oleh presiden sendiri, untuk menyingkir­kan saya dari jawatan saya, memusnahka­n reputasi saya, dan mungkin menafikan pencen yang saya sudah usahakan selama 21 tahun.”

Pemecatan itu dibuat ketika Rumah Putih semakin menunjukka­n kekecewaan dengan siasatan yang sedang dijalankan ke atas dakwaan tentang pakatan sulit di antara kempen Trump dengan Rusia oleh Peguam Khas Robert Mueller, juga seorang bekas pengarah FBI.

Mueller khususnya sedang menyiasat sama ada Trump menghalang siasatan ataupun tidak apabila beliau memecat Comey, satu episod di mana McCabe adalah saksi yang amat penting.

Trump berulang kali mengkritik McCabe sebagai berat sebelah, dan menekan Sessions untuk mengambil tindakan terhadapny­a.

Selepas menerima tekanan, pada 30 Januari lalu, McCabe mengumumka­n beliau akan bersara pada hujung Mac, apabila belaiu layak untuk mendapatka­n faedah pencen sepenuhnya. Sementara itu beliau menghentik­an kerja dan bercuti.

“Serangan ini ke atas kredibliti saya adalah sebahagian daripada usaha yang lebih besar bukan sahaja untuk memfitnah saya secara peribadi, tetapi untuk mencemari FBI, penguatkua­saan undang-undang dan profesiona­l perisikan secare lebih umum lagi,” kata McCabe.”

McCabe menafikan sebarang salah laku apabila beliau bercakap kepada media tentang siasatan ke atas Clinton, dan menafikan yang beliau menangani siasatan itu dengan sikap berat sebelah.

Pemecatan itu bermakna Jabatan Keadilan boleh menafikan pencen untuknya. McCabe berkata beliau akan mengemukak­an rayuan terhadap keputusan Sessions.

 ?? — Gambar AFP ?? DIPECAT: Gambar fail bertarikh 20 Disember 2017, kelihatan Andrew McCabe (tengah) diiringi oleh Polis AS sebelum bermesyuar­at dengan ahli Pengawasan dan Reformasi Kerajaan dan komiti badan kehakiman di Washington, Andrew McCabe telah dipecat atas salah...
— Gambar AFP DIPECAT: Gambar fail bertarikh 20 Disember 2017, kelihatan Andrew McCabe (tengah) diiringi oleh Polis AS sebelum bermesyuar­at dengan ahli Pengawasan dan Reformasi Kerajaan dan komiti badan kehakiman di Washington, Andrew McCabe telah dipecat atas salah...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia