Utusan Borneo (Sarawak)

PERTINGKAT PENGUASAAN BI

Usaha perlu dipergiat untuk tingkat tahap kemahiran bahasa Inggeris pelajar Sarawak.

- Oleh Agnes Tugong

SERIAN: Kerajaan negeri meluluskan pembinaan jalan dari bulatan Kampung Kakai di sini ke bulatan berdepan dengan Pejabat Daerah Serian lama.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan juga bersetuju untuk menamakan jalan itu sempena nama mendiang Datuk Michael Ben yang telah banyak menyumbang kepada pembanguna­n Serian.

Beliau berkata, umum sedia maklum bahawa mendiang Michael merupakan seorang pemimpin politik terkenal yang mewakili masyarakat Bidayuh khususnya di kawasan Serian.

“Kabinet juga bersetuju untuk menambah baik jalan dari bulatan kecil di Pejabat Daerah Serian ke simpang Jalan Serian, Tebedu.

“Jalan ini akan kita namakan sebagai Jalan Pengarah Rahun Debak sebagai mengiktira­f sumbangan beliau yang telah banyak menyumbang kepada pembanguna­n Serian.

“Kita juga telah menyediaka­n sejumlah peruntukan bagi kedua-dua projek ini yang akan dikendalik­an oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika pelancaran Inisiatif Kemahiran Bahasa Inggeris Serian ( SELPI) di Dewan Tayung Langui, Kampung Pichin dekat sini semalam.

Terdahulu, Abang Johari turut menekankan kepentinga­n penguasaan bahasa Inggeris (BI) bagi menyokong usaha kerajaan mendigital­kan ekonomi negeri.

“Apabila kita melancarka­n ekonomi digital, inisiatif ini adalah dipacu bersama dengan bahasa Inggeris.

“Kita tidak mempunyai teknologi yang dikeluarka­n oleh kita sendiri dan semua teknologi yang diguna pakai oleh kita menuntut kemahiran berbahasa Inggeris.

“Jadi, mahu tidak mahu kita perlu mesti mempersiap­kan orang kita dengan kemahiran BI yang baik kerana jika tidak, kita akan ketinggala­n.

“Sebab itu kita mewujudkan Kementeria­n Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Tekonologi untuk melatih anak-anak muda kita sebagai pemacu masa depan Sarawak,” katanya.

Turut hadir, isteri Ketua Menteri Datin Patinggi Dato Juma’ani Tuanku Bujang, Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi, Dato Sri Michael Manyin Jawong serta isteri Datin Sri Mary Manyin, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem, Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi, Dr Annuar Rapa’ee dan Pengarah Pendidikan Negeri Rakayah Madon.

Kita juga telah menyediaka­n sejumlah peruntukan bagi kedua-dua projek ini yang akan dikendalik­an oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

 ??  ??
 ?? — Gambar Penerangan ?? MESRA: Abang Johari bersalaman dengan pelajar prasekolah dari SK St Dominic, Pichin yang menyambut ketibaan beliau pada pelancaran Program SELPI di Kampung Pichin, Serian semalam.
— Gambar Penerangan MESRA: Abang Johari bersalaman dengan pelajar prasekolah dari SK St Dominic, Pichin yang menyambut ketibaan beliau pada pelancaran Program SELPI di Kampung Pichin, Serian semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia