Utusan Borneo (Sarawak)

CENTEXS lahir pelatih mahir

Kerajaan akan terus perkasa pembanguna­n bidang kemahiran teknikal dan vokasional ke arah ekonomi digital Sarawak

- Oleh Mastura Ismail

LAWAS: Pusat Kecemerlan­gan Teknikal Sarawak (CENTEXS) mampu melahirkan pelatih berkemahir­an dan mempunyai kepakaran terkini bagi memenuhi pasaran pekerjaan sektor industri moden negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, melalui CENTEXS kerajaan akan terus memperkasa dan mempergiat­kan pembanguna­n bidang kemahiran teknikal dan vokasional di Sarawak.

Beliau berkata, CENTEXS mampu memenuhi permintaan industri yang dijana teknologi canggih ke arah ekonomi digital.

“Melalui CENTEXS, para pelatih akan mempunyai masa depan yang baik dalam mempergiat­kan bidang ekonomi, perindustr­ian yang menggunaka­n teknologi canggih, berkembang pesat serta memberi fokus kepada ekonomi digital,” ujarnya pada perasmian KampusSeme­ntaraCENTE­XS Lawas di sini, semalam.

Turut hadir isteri Awang Tengah Datuk Morliah Awang Daud, Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an Datuk Henry Sum Agong, Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang, wakil Setiausaha Kerajaan Negeri Azmi Bujang, Residen Lim- bang Ir Ahmad Denny Fauzi dan Pegawai Daerah Lawas Hussaini Hakim.

Awang Tengah yang juga Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan dan Menteri Pembanguna­n Bandar danSumberA­sliKeduaSa­rawak menambah, sebanyak 1.5 juta peluang pekerjaan baharu diperlukan menjelang 2020 mengikut laporan Kementeria­n Sumber Manusia.

“Ini menunjukka­n lebih 60 peratus pekerja baharu terdiri daripada kalangan mereka yang mempunyai kemahiran sejajar dengan perubahan semasa.

“Kemahiran ini bukan sebagai pilihan kedua, tetapi keperluan semasa yang perlu dimanfaatk­an sebaiknya,” tegasnya.

CENTEXS katanya, juga berkolabor­atif dengan pihak industri bagi memastikan pelatih yang menamatkan pengajian akan dapat peluang pekerjaan.

Pada masa ini katanya, CEN- TEXS Lawas beroperasi di kampus sementara menanti kampus tetap yang akan mula dibina tidak lama lagi.

CENTEXS Lawas katanya, akan dilengkapi kemudahan untuk menempatka­n pelatih di utara negeri ini, Sabah dan Labuan.

Sebanyak lima program teknikal ditawarkan di CENTEXS Lawas iaitu jahitan, fesyen, dandanan rambut, ‘wireman’ serta ‘oil and gas constructi­on’ dan setakat ini, seramai 50 belia telah mendaftar di pusat itu.

Melalui CENTEXS, para pelatih akan mempunyai masa depan yang baik dalam mempergiat­kan bidang ekonomi, perindustr­ian yang menggunaka­n teknologi canggih, berkembang pesat serta memberi fokus kepada ekonomi digital. Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan Timbalan Ketua Menteri

 ??  ??
 ??  ?? TERLATIH: Awang Tengah (berdiri, lima kiri) dan kenamaan lain bergambar bersama para pelatih pada perasmian Kampus Sementara CENTEXS Lawas, semalam.
TERLATIH: Awang Tengah (berdiri, lima kiri) dan kenamaan lain bergambar bersama para pelatih pada perasmian Kampus Sementara CENTEXS Lawas, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia