Utusan Borneo (Sarawak)

MANGSA LEMAS DITEMUI

Mayat kanak-kanak dan lelaki ditemui dalam kejadian berasingan di Kota Samarahan dan Pusa.

- Oleh Jeremy Lanson dan Kepu Sidi

KUCHING: Mayat kanak-kanak dan seorang lelaki ditemui selepas dilaporkan hilang dalam dua kejadian berasingan di Kampung Semawang, Kota Samarahan dan Pusa, Betong semalam.

Di Kota Samarahan, mayat Sherry Jimbat, 3, ditemui kirakira tiga kilometer dari tempat dia dipercayai tergelinci­r di sungai kampung terbabit.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berkata, mayat mangsa ditemui anggota mencari dan penyelamat (SAR) dan penduduk kampung sekitar jam 7.30 pagi semalam.

“Mangsa masih sempurna dan tiada apa-apa kesan gigitan atau lebam,” katanya.

Menurut beliau, mangsa disahkan meninggal dunia akibat lemas.

Difahamkan, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis sebelum dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik untuk bedah siasat.

Mangsa dilaporkan hilang sekitar jam 11.30 pagi kelmarin ketika keluar memancing bersama kakaknya yang berusia 10 tahun di tebing sungai tersebut.

Ekoran itu, pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersama APM serta penduduk kampung melakukan pencarian menggunaka­n kaedah ‘water surface searching’ di sungai tersebut.

Manakala di Pusa, mayat Jony Tay, 43, yang dilaporkan hilang oleh ahli keluargany­a dua hari lalu dijumpai orang awam di Sungai Rimbas, Pusa sekitar jam 3 petang, lebih kurang tiga kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Betong Kapten (PA) Usman Harto berkata, mangsa yang berasal dari Kampung Hulu Pusa itu dilaporkan hilang pada Khamis lalu.

“Pada masa sama, motosikal mangsa turut dijumpai di bawah Jambatan Tandang Sari, Pusa.

“Berikutan laporan itu, operasi SAR dilancarka­n untuk menjejaki mangsa bermula dari awal pagi tadi (semalam),” katanya.

Sejurus ditemui, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Turut menyertai SAR ialah anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Betong, polis dan sekitar 50 penduduk kampung.

 ??  ?? DITEMUI: Anggota penyelamat mengangkat mayat mangsa lemas di Kampung Semawang, Kota Samarahan semalam. MENYAYAT HATI: Ahli keluarga mangsa hiba selepas mayat mangsa lemas ditemui di Kampung Semawang, Kota Samarahan semalam. PENCARIAN BERAKHIR: Anggota...
DITEMUI: Anggota penyelamat mengangkat mayat mangsa lemas di Kampung Semawang, Kota Samarahan semalam. MENYAYAT HATI: Ahli keluarga mangsa hiba selepas mayat mangsa lemas ditemui di Kampung Semawang, Kota Samarahan semalam. PENCARIAN BERAKHIR: Anggota...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia