Utusan Borneo (Sarawak)

LELAKI MAUT DIREMPUH KERETA DEKAT SIBURAN

-

KUCHING: Seorang lelaki terbunuh akibat dirempuh kereta selepas dipercayai menunggang motosikal melawan arus di Batu 19, Jalan Kuching-Serian di sini, semalam.

Menurut sumber, mangsa berusia 60 tahun itu semasa kejadian dipercayai hendak ke pekan Siburan sekitar jam 6 petang.

Mangsa yang berasal dari Kampung Endap Siburan tersebut dipercayai tidak membuat pusingan ‘U’ di tempat sepatutnya dan nekad melawan arus.

“Tindakanny­a itu mengundang padah yang akhirnya meragut nyawanya sendiri apabila dia dirempuh sebuah kereta (bergerak lurus) yang tidak sempat mengelakny­a,” kata sumber.

Anggota polis dari Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan juga hadir di lokasi kejadian untuk menjalanka­n siasatan.

Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat.

Di Sibu, dua lelaki berusia 22 dan 32 tahun cedera selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori dalam kemalangan jalan raya di Jalan Salim-Stabau, petang semalam.

Pihak bomba yang menerima panggilan mengenai insiden tersebut bergegas ke lokasi kejadian sekitar jam 4 petang.

Kedua-dua mangsa dipercayai dalam perjalanan menghala ke pusat bandar, manakala lori terbabit datang dari arah bertentang­an.

Sebuah kereta lain turut terlibat dalam kemalangan itu selepas tidak sempat mengelak dan terlanggar bahagian belakang lori terbabit.

Kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Sibu oleh ambulans untuk mendapatka­n rawatan.

 ??  ?? NGERI: Keadaan lokasi kemalangan maut di Batu 19, Jalan Kuching-Serian semalam. TEMBUNG: Anggota bomba menjalanka­n tugas dalam nahas kereta dan lori di Jalan SalimStaba­u semalam.
NGERI: Keadaan lokasi kemalangan maut di Batu 19, Jalan Kuching-Serian semalam. TEMBUNG: Anggota bomba menjalanka­n tugas dalam nahas kereta dan lori di Jalan SalimStaba­u semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia