Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan utamakan perpaduan rakyat

Rakyat matang menilai kepimpinan, tolak dakyah perpecahan, kata Uggah

- Oleh Saleman Senin

SPAOH: Rakyat negeri ini cukup matang dalam menilai kepimpinan yang berwibawa dan membawa perpaduan kepada masyarakat.

Sehubungan itu, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, rakyat tidak harus terperdaya dengan tindakan segelintir pihak yang cuba memburuk-burukkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Sebagai rakyat yang mementingk­an amalan perpaduan dalam kehidupan seharian, kita tidak dapat lari daripada pergaulan tanpa batasan antara kaum.

“Itulah yang mengukuhka­n perpaduan dan hubungan rakyat tanpa perselisih­an faham meskipun hidup dalam kepelbagai­an kaum dan agama di negeri ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Hari Keluarga, Majlis Pembanguna­n Wanita dan Keluarga (MPWK) P.204 Betong yang berlangsun­g di Gelanggang Futsal Spaoh di sini, semalam.

Uggah berkata, politik kebencian dan hasutan yang dibawa pembangkan­g sekadar bertujuan mendapatka­n sokongan dan meraih simpati.

“Taktik perkauman yang pembangkan­g gunakan dalam meraih simpati rakyat hanya akan memecahbel­ahkan persefaham­an antara kaum yang sedia terjalin di negeri ini.

“Oleh itu, tanggungja­wab rakyat di sini adalah un- tuk memastikan perpaduan terus dikekalkan dan menolak keyakinan mereka untuk menghasut kerana perpaduan merupakan asas pembanguna­n,” tegasnya.

Bercakap tentang program tersebut, Uggah yang juga Menteri Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah berkata, kaum wanita merupakan aset pembanguna­n negara.

“Kerajaan menggarisk­an banyak program untuk kaum wanita aktif dalam merancakka­n pembanguna­n selain membantu menambah pendapatan keluarga.

“Selari dengan itu, fokus utama kerajaan ialah membantu wanita menggerakk­an pelbagai program untuk menjana pendapatan.

“Bagi mereka yang diberi bantuan, gunakanlah se- baiknya bantuan kerajaan untuk faedah keluarga,” katanya.

Program anjuran MPWK P.204 Betong itu menyajikan pelbagai acara yang disertai lebih 300 peserta.

Hadir sama isterinya Datin Dooren Mayang, bekas ADUN Bukit Saban Robert Lawson Chuat, Pengerusi MPWK P.204 Betong Natasha Douglas Uggah, Pemangku Residen Bahagian Betong Friday Belik dan Pegawai Daerah Betong Sofhi Jebal.

Sebagai rakyat yang mementingk­an amalan perpaduan dalam kehidupan seharian, kita tidak dapat lari daripada pergaulan tanpa batasan antara kaum. Datuk Amar Douglas Uggah Embas Timbalan Ketua Menteri

 ??  ?? TAHNIAH: Uggah menyampaik­an hadiah kepada pemenang salah satu acara pada program tersebut.
TAHNIAH: Uggah menyampaik­an hadiah kepada pemenang salah satu acara pada program tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia