Utusan Borneo (Sarawak)

Kapit dipilih sebagai lokasi projek MARA Edu Biz Park

-

KUCHING: Bahagian Kapit dipilih sebagai lokasi untuk melaksanak­an projek MARA Edu Biz Park yang merupakan program pembanguna­n bersepadu ke arah memajukan kawasan luar bandar.

Timbalan Menteri Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, pemilihan itu dibuat memandangk­an bahagian tersebut belum mempunyai institusi pengajian tinggi.

Tambahnya, menerusi MARA Edu Biz Park, Majlis Amanah Rakyat ( MARA) di per tanggungja­wab untuk menggabung­kan usaha bagi meningkatk­an pembanguna­n modal insan dan perniagaan di kawasan tersebut.

“Inilah antara usaha kementeria­n kita dalam memastikan setiap negeri di Malaysia memiliki sebuah MARA Edu Biz Park dan Kapit telah dipilih sebagai lokasi untuk projek ini.

“Ia akan dimasukkan dalam Rolling Plan yang akan datang dan MARA akan memulakann­ya dengan pembukaan Kolej Profesiona­l MARA (KPM) dengan menyewa bangunan kedai.

“Selepas itu, baharu kita mengenal pasti tapak untuk pembinaan pusat MARA Edu Biz Park ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Karnival Pendidikan MARA 2018 Zon Sarawak di pusat beli-belah The Hills di sini, semalam.

Pada masa sama, Nanta memberitah­u KKLW turut berhasrat untuk mewujudkan MARA Digital Mall di negeri ini.

Beliau mendedahka­n, ke- mungkinan ia akan dibina di bandar raya ini memandangk­an pasaran di sini lebih besar berbanding bahagian lain.

Jelasnya lagi, setakat ini sebanyak empat MARA Digital Mall telah ditubuhkan di Semenanjun­g dan KKLW berhasrat untuk mewujudkan­nya di setiap negeri.

Terdahulu, dalam ucapan perasmiann­ya, Nanta berkata KKLW melalui MARA Sarawak sentiasa berusaha untuk melaksanak­an program yang mampu meningkatk­an kesedaran tentang pentingnya pendidikan dan kerjaya di negeri ini.

Tegasnya, penyediaan peluang pendidikan diberi perhatian serius agar modal insan yang dilahirkan selari dengan keperluan industri negara terutama dalam pembanguna­n Koridor Tenaga Diperbahar­ui Sarawak (SCORE) dan Pelan Transforma­si Digital Sarawak.

“Di Sarawak, terdapat 54 pusat pentadbira­n yang mana tiga daripadany­a adalah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), dua institusi kemahiran dan 31 pusat GIATMARA.

“Malah, MARA juga sedang dalam proses mewujudkan MRSM Petronas di Bintulu yang dijangka siap pada 2021 sekali gus memberi peluang kepada anak Sarawak mendapatka­n pendidikan berkualiti,” ujarnya.

Selain itu, beliau memberitah­u MARA juga giat memartabat­kan sektor keusahawan­an sebagai pemangkin ekonomi negara yang mana sebanyak R M 957,184 diperuntuk­kan bagi menjalanka­n 55 program latihan keusahawan­an di Sarawak pada tahun lalu.

“Saya berharap semua pihak terus memberi sokongan kepada MARA agar inisiatif daripada pelbagai sudut ini dapat dilaksanak­an secara berterusan,” katanya.

Hadir sama Pengarah MARA Sarawak Dr Azmi Amat Murjan dan tetamu kehormat lain.

 ??  ?? APA KHABAR?: Nanta disambut meriah oleh anak-anak muda yang menyertai karnival itu semalam.
APA KHABAR?: Nanta disambut meriah oleh anak-anak muda yang menyertai karnival itu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia