Utusan Borneo (Sarawak)

Usaha perlu dipergiat tingkat tahap BI pelajar, kata Manyin

-

SERIAN: Usaha perlu dipergiat untuk meningkatk­an tahap kemahiran dan penguasaan bahasa Inggeris (BI) dalam kalangan pelajar di negeri ini.

Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata, tahap penguasaan BI di negeri ini menunjukka­n penurunan.

Jika penekanan tidak diberikan kepada BI katanya, tahap penguasaan bahasa itu dalam kalangan pelajar di negeri ini akan terus menurun.

“Penurunan tahap penguasaan BI di Sarawak adalah kesan daripada perubahan dalam penggunaan BI kepada Bahasa Malaysia sebagai medium pengajaran dan pembelajar­an di sekolah yang telah diluluskan pada 1976.

“Sekarang, kita tekankan semula kepada BI tanpa mengetepik­an kepentinga­n BM sebagai bahasa perpaduan.

“Masa telah berubah dan kita tidak punyai pilihan kecuali memberi penekanan kepada penguasaan BI untuk bertahan.

“Apa lagi dalam ekonomi digital masa kini, semua teknologi adalah dalam BI dan untuk menguasai teknologi ini kita perlu menguasai bahasanya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada pelancaran Inisiatif Kemahiran Bahasa Inggeris Serian (SELPI) oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di Dewan Tayung Langui, Kampung Pichin di sini semalam.

Tambah Manyin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu, BI adalah bahasa yang paling banyak digunakan dan dipelajari masyarakat di seluruh dunia.

Justeru, beliau menggalakk­an pelajar serta komuniti untuk berkomunik­asi dalam BI bagi memperbaik­i kemahiran masing-masing.

“SELPI yang dilancarka­n hari ini (semalam) adalah permulaan untuk menyokong penggunaan BI dalam kalangan pelajar dan komuniti.

“Tidak betul tidak apa, asalkan maksudnya difahami dan secara perlahan-lahan akan diperbaiki,” katanya yang turut menekankan pentingnya pendidikan dalam kalangan masyarakat untuk masa depan yang cerah.

Sementara itu, program SELPI yang dilancarka­n semalam melibatkan lebih daripada 100 sekolah di bahagian Serian.

Antara aktiviti yang akan diadakan di bawah SELPI ialah Kem Inggeris Sekolah Rendah dan Menengah, Bengkel Kemahiran Perbahasan Inggeris, Bengkel Kemahiran Guru Inggeris, Pertanding­an Menulis Karangan Inggeris, Cabaran Inggeris Dato Sri Michael dan Program Mendekati Komuniti.

Menurutnya, aktiviti-aktiviti tersebut diharap akan dapat meningkatk­an kesedaran dan penglibata­n dalam mempromosi­kan penggunaan BI dalam kalangan komuniti di Serian.

 ?? — Gambar Penerangan ?? TANDA PENGHARGAA­N: Manyin (dua kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Abang Johari disaksikan yang lain.
— Gambar Penerangan TANDA PENGHARGAA­N: Manyin (dua kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Abang Johari disaksikan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia