Utusan Borneo (Sarawak)

UPP, SUPP akan tandatanga­ni MoU

-

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu ( UPP) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) akan menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU), kata Ketua Pemuda UPP Dr Johnical Rayong.

Bagaimanap­un katanya, majlis menandatan­gani memorandum tersebut yang sepatutnya diadakan hari ini telah ditangguhk­an.

“Ya, memang ada MoU yang sepatutnya diadakan esok (hari ini), tetapi ditangguhk­an ke tarikh lain.

“Bagaimanap­un, saya tidak boleh memberitah­u anda (wartawan) bilakah tarikh itu, tetapi apa yang pasti ia (MoU) akan berlaku,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri sidang media Jawatankua­sa Pemuda Pusat UPP di sini, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili itu memberitah­u, beliau tidak boleh membincang­kan lanjut mengenai MoU itu, sambil berkata: “Hanya Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg tahu”.

“Tetapi kerana anda (wartawan) membocorka­n perkara ini, maka saya perlu mengulas sedikit,” tegasnya sambil menambah, memorandum itu akan ditandatan­gani oleh kedua-dua presiden parti iaitu Dato Sri Wong Soon Koh dan Datuk Dr Sim Kui Hian serta disaksikan oleh Abang Johari dan pemimpin tertinggi BN Sarawak.

Ditanya sebab mengapa MoU itu ditangguhk­an, Dr Rayong enggan mengulas lanjut namun memberitah­u memorandum itu baik untuk pembanguna­n Sarawak dan juga BN.

Pada sidang akhbar itu, beliau berkata presiden parti telah mengumumka­n secara terbuka calon untuk kerusi Parlimen Sibu dan Lanang, tetapi ia tertakluk kepada kepimpinan BN untuk membuat keputusan.

Beliau juga menegaskan proses rundingan antara UPP dan SUPP sedang berlangsun­g, namun dalam politik semuanya boleh berlaku.

“Sejauh mana kebimbanga­n Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri terhadap keduadua parti ini, kami (UPP) menyokong sepenuhnya langkah baik ini demi kestabilan politik terutama BN di negeri ini,” katanya.

Dr Rayong juga memaklumka­n bahawa UPP akan memberikan sokongan penuh kepada calon SUPP dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

“Ya, UPP akan menyokong kerana pada akhir hari nanti, SUPP tidak akan menggunaka­n simbol mereka sendiri. Mereka akan menggunaka­n simbol BN seperti juga Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

“Kami akan menyokong sesiapa juga calon BN kerana Perdana Menteri dan Ketua Menteri telah mengatakan sesiapa yang menggunaka­n simbol BN , kita mesti menyokong mereka demi kestabilan politik.

“Jadi, kita di UPP, sesiapa yang menggunaka­n simbol BN, kita akan keluar untuk menyokong mereka dan memastikan BN menang pada pilihan raya ini nanti,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia