Utusan Borneo (Sarawak)

684 kes HFMD dilapor di Sarawak bagi tempoh 1 Jan hingga 10 Mac

-

KUCHING: Sebanyak 684 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dilaporkan berlaku di Sarawak bagi tempoh 1 Januari hingga 10 Mac tahun ini.

Perkara itu didedahkan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak Dr Jamilah Hashim yang memberitah­u, bahagian Miri mencatatka­n kes tertinggi iaitu 302 kes diikuti Kuching (119), Sibu (77), Samarahan (66), Sri Aman (29), Mukah (24), Betong (21), Sarikei (19), Kapit (11), Bintulu (9) dan Limbang (7).

“Sebanyak 30 kes telah dimasukkan ke hospital kerana demam panas, kurang selera makan dan lemah badan dan tiada kes ke- matian dilaporkan setakat ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Bagaimanap­un, Dr Jamilah berkata, terdapat penurunan jumlah keseluruha­n kes HFMD di Sarawak pada tahun ini jika dibandingk­an 3,057 kes yang dilaporkan dalam tempoh yang sama pada 2017.

Bagi situasi HFMD di Miri, beliau menjelaska­n, terdapat penurunan jumlah kes dilaporkan jika dibandingk­an 414 kes dalam tempoh sama tahun sebelumnya.

“Manakala, sebanyak empat kes telah dimasukkan ke hospital dan kesemua kes tersebut telah dibenarkan pulang tanpa sebarang komplikasi,” tambahnya.

Menyentuh mengenai jumlah premis yang ditutup, Dr Jamilah berkata, bagi tempoh yang sama, sebanyak sembilan premis telah diarahkan tutup sementara untuk pelaksanaa­n kerja-kerja pembasmian kuman di premis terbabit.

“Ia terdiri daripada dua sekolah, dua prasekolah, tiga tadika dan dua taska.

“Sehubungan itu, JKN Sarawak menasihati ibu bapa agar perlu memastikan semua ahli keluarga mengamalka­n amalan kebersihan yang baik,” ujarnya.

Penyelia sekolah dan pusat penjagaan kanak-kanak juga perlu sentiasa peka tentang perkara berkaitan penyakit tersebut, tambahnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia