Utusan Borneo (Sarawak)

JKKK harus bantu kerajaan tangani penyebaran berita palsu: Ahmad Lai

-

MIRI: Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) bukan sahaja harus bertindak sebagai ‘telinga dan mata’ kerajaan, malah membantu menangani penyebaran berita palsu dalam kalangan masyarakat.

Ahli Parlimen Sibuti Datuk Ahmad Lai berkata, komitmen berkenaan perlu agar perbalahan dalam masyarakat gara-gara berita palsu dapat dielakkan.

“Tidak dinafikan pada masa kini, pelbagai maklumat hanya di hujung jari kita.

“Namun, kemajuan dalam komunikasi tersebut telah menyumbang kepada kebimbanga­n mengenai menyebaran berita-berita palsu.

“Oleh itu, JKKK memainkan peranan mereka untuk membantu kerajaan menyalurka­n maklumat tepat kepada penduduk di kawasan masing-masing,” ujarnya pada majlis penyerahan cek di sini semalam.

Dalam konteks itu jelas Ahmad Lai, beliau mahu pengguna media sosial bijak menggunaka­n kemudahan teknologi dan tidak menyebarka­n maklumat yang tidak sahih di laman sosial.

Paling penting katanya, masyarakat seharusnya mendapatka­n maklumat tepat melalui saluran yang betul.

“Jika anda waswas dengan maklumat yang anda terima, jangan sebarkan dan kongsikan dengan yang lain.

“Kalau disebarkan tanpa kesahihan terdahulu, ia bukan sahaja menimbulka­n kekeliruan, tetapi secara tidak sengaja boleh mewujudkan perbalahan,” katanya.

Pada masa sama, beliau mahu JKKK terus bekerjasam­a dengan pihak berkuasa terutamany­a polis dalam membantu menangani masa- lah jenayah seperti penyalahgu­naan dadah di kawasan kampung.

Ahmad Lai juga menggalakk­an JKKK menganjurk­an pelbagai aktiviti sosial untuk golongan belia bagi mengelak golongan terbabit terlibat dengan aktiviti tidak sihat.

Pada majlis itu, beliau menyampaik­an geran projek kecil luar Bandar (MRP) berjumlah RM197,000 kepada 66 JKKK di konstituen­sinya.

Hadir sama Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarkawi Suhaili dan ketua-ketua masyarakat serta kaum.

 ??  ?? GUNA SEBAIKNYA: Ahmad Lai (empat kiri) menyampaik­an geran kepada salah seorang wakil penerima sambil disaksikan oleh Sarkawi (dua kiri) serta yang lain.
GUNA SEBAIKNYA: Ahmad Lai (empat kiri) menyampaik­an geran kepada salah seorang wakil penerima sambil disaksikan oleh Sarkawi (dua kiri) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia