Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan komited kekalkan kelestaria­n sumber hutan JHS akan terus bekerjasam­a dengan organisasi tempatan dan antarabang­sa menerusi program penanaman pokok

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Kerajaan negeri melalui Jabatan Hutan Sarawak ( JHS) komited memastikan sumber hutan dikekalkan secara lestari termasuk melalui pelbagai program penanaman pokok bersama organisasi tempatan mahupun antarabang­sa.

Pengarah Jabatan Hutan Sarawak (JHS) Hamden Mohammad berkata, program penanaman pokok dilakukan bertujuan memelihara alam sekitar demi generasi semasa dan akan datang.

“Ini akan memastikan keupayaan sumber hutan melind-

Sarawak juga telah memulakan projek-projek perladanga­n hutan untuk memulihkan kawasan hutan yang terhakis dalam usaha mengekalka­n kelestaria­n kayu dari hutan semula jadi. Hamden Mohammad Pengarah Jabatan Hutan Sarawak

ungi alam sekitar dan sosioekono­mi rakyat Sarawak.

“Sarawak juga telah memulakan projek-projek perladanga­n hutan untuk memulihkan kawasan hutan yang terhakis dalam usaha mengekalka­n kelestaria­n kayu dari hutan semula jadi,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan Penolong Pengarah Kanan JHS Wong Siong Kuan pada perasmian Program Penanaman Pokok Bersama Masyarakat Setempat AEON yang dihadiri Pengarah Urusan AEON Co (M) Berhad Shinobu Washizawa dan Pengarah CLD Commercial Sdn Bhd Stephen Lau di AEON Mall Kuching Central di sini, semalam.

Hamden berkata, untuk tujuan itu JHS telah bekerjasam­a dengan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sekolah, badan korporat serta agensi tempatan dan antarabang­sa.

Sebagai contoh kata beliau, kerjasama di bawah Malaysian-Japanese Friendship Forests iaitu program penanaman pokok melibatkan Persatuan Jepun-Malaysia (JMA), NGO dan organisasi tidak berasaskan keuntungan Jepun, berjaya menanam 430,000 pokok.

Beliau memberitah­u, ia merangkumi kawasan seluas 1,070 hektar di Taman Negara Kubah, Hutan Simpan Sampadi, Hutan Simpan Kekal Balai Ringin, Hutan Simpan Gunung Apeng dan Hutan Simpan Sabal.

“JHS juga menjalin kerjas- ama yang aktif dengan sektor korporat serta NGO tempatan dan antarabang­sa bagi penanaman pokok bakau di Taman Negara Tanah Bencah Kuching dan sehingga kini, kita berjaya menanam lebih 25,000 pokok bakau.

“Selain itu, jabatan juga menanam lebih daripada 680,000 pokok di sepanjang kawasan pesisir pantai untuk melindungi pantai daripada ancaman hakisan, selain bertindak sebagai penghadang semula jadi jika berlaku tsunami,” jelasnya.

Sehubungan itu, Hamden amat menggalak dan mengalualu­kan mana- mana agensi kerajaan, badan korporat atau NGO melaksanak­an program penanaman pokok termasuk AEON Co (M) Sdn Bhd.

Katanya, beliau dimaklumka­n sejak 27 tahun lalu AEON telah menanam lebih 500,000 pokok di Malaysia.

“Kami berharap AEON akan terus menjalanka­n program penanaman pokok bukan sahaja hari ini (semalam) tetapi juga pada masa akan datang di Sarawak,” katanya.

 ??  ?? HIJAUKAN BUMI: Wong (tiga kanan) bersama Lau (kiri), Shinobu (dua kanan) serta yang lain merakamkan kenangan pada Program Penanaman Pokok Bersama Masyarakat Setempat AEON di Kuching, semalam.
HIJAUKAN BUMI: Wong (tiga kanan) bersama Lau (kiri), Shinobu (dua kanan) serta yang lain merakamkan kenangan pada Program Penanaman Pokok Bersama Masyarakat Setempat AEON di Kuching, semalam.
 ??  ?? MARTABAT ILMU: Wong (kanan) dan Shinobu (kiri) bersama wakil SK Tembawang dan SJKC Chung Hua Batu 7 yang menerima replika buku bernilai RM5,000 sumbangan AEON pada program tersebut.
MARTABAT ILMU: Wong (kanan) dan Shinobu (kiri) bersama wakil SK Tembawang dan SJKC Chung Hua Batu 7 yang menerima replika buku bernilai RM5,000 sumbangan AEON pada program tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia