Utusan Borneo (Sarawak)

Tugas pengamal media arus perdana kini semakin mencabar: Adam

-

MIRI: Tugas pengamal media arus perdana ketika ini lebih mencabar terutama dalam ‘ memperbetu­lkan’ fakta penyebaran berita palsu dalam talian.

Datuk Bandar Miri Adam Yii Siew Sang berkata, kebanyakan berita palsu mampu mengeliru serta menimbulka­n kebencian dalam kalangan netizen.

Beliau berkata, media arus perdana turut berdepan dengan fitnah dan berita palsu terutama daripada media alternatif.

“Tidak dinafikan ia adalah cabaran besar buat pengamal media.

“Ini akibat kelemahan netizen yang tidak berhatihat­i atau meneliti kesahihan berita yang tular dalam media sosial,” katanya pada Majlis Penghargaa­n Media di sini, malam kelmarin.

Mengambil contoh isu pembuangan sampah di tapak haram, Adam berkata wartawan juga boleh mengambil kesempatan menghentam kerajaan tempatan dalam isu itu.

Bagaimanap­un katanya, mereka tidak berbuat demikian sebaliknya menyalurka­n isu itu kepada MBM seterusnya memberi kesedaran kepada masyarakat berdekatan. Adam menambah, pihakn- ya juga telah mengambil tindakan membersihk­an ka- wasan longgokan sampah haram di beberapa kawasan di Miri.

Bagaimanap­un tegasnya, penduduk perlu menghentik­an tabiat membuang sampah di tapak haram serta menjaga kebersihan di kawasan mereka.

“MBM sentiasa komited untuk menyediaka­n perkhidmat­an terbaik kepada rakyat seterusnya menyelesai­kan apa jua permasalah­an yang timbul,” jelasnya.

Pada masa sama, Jawatankua­sa Penduduk harus menjadi mata dan telinga dalam menyalurka­n maklumat penting untuk perhatian MBM.

“Jika sampah tidak dikutip mengikut masa ditetapkan atau rumput tidak dipotong, maka mereka boleh mengadu terus kepada kita untuk tindakan segera,” katanya.

Sementara itu, selebih 50 wartawan dan jurugambar pelbagai agensi diraikan dalam majlis santai malam kelmarin.

Hadir sama Timbalan Datuk Bandar Julaihi Mohamad, pengerusi penganjur Kaunselor Kueh Chie Tiong, Pengerusi Persatuan Wartawan Wilayah Utara Andy Jong serta ahli majlis bandar raya lain.

 ??  ?? DIRAIKAN: Adam (enam kiri) pada sesi bergambar selepas menyampaik­an cenderamat­a kepada pelbagai agensi media cetak dan elektronik di Miri, malam kelmarin.
DIRAIKAN: Adam (enam kiri) pada sesi bergambar selepas menyampaik­an cenderamat­a kepada pelbagai agensi media cetak dan elektronik di Miri, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia