Utusan Borneo (Sarawak)

Nilai kekeluarga­an, semangat berpasukan kukuhkan KSRR

-

SIBU: Pengerusi Kelab Sosial dan Rekreasi Raport (KSRR) Christophe­r Yet percaya nilai kekeluarga­an, semangat berpasukan dan saling membantu mengukuhka­n persaudara­an dalam kalangan ahli KSRR selama ini.

Beliau berkata, ahli kelab sentiasa memupuk semangat kebersamaa­n dan mendapat pendedahan baik dalam mengikuti perkembang­an industri.

“Untuk itu, KSRR menganjurk­an pelbagai aktiviti tahunan seperti hari keluarga, karnival sukan, acara padang dan balapan, permainan ‘ indoor’ dan ‘outdoor’, jualan makanan, lawatan sambil belajar dan banyak lagi,” katanya pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) KSRR Ke-45 di sini, kelmarin.

Pada mesyuarat tersebut, agenda diusulkan mengesahka­n minit AGM pada 30 Mac tahun lalu, menerima laporan tahunan jawatankua­sa 2017, menerima dan meluluskan penyata akaun diaudit bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Disember 2017 dan beberapa perkara lain.

Sementara itu, Yet mengekalka­n jawatan selaku Pengerusi KSRR 2018/2019 manakala Timbalan Pengerusi ialah Ali Woodfry.

Setiausaha Kehormat Lai Chiong Wee, Penolong Setiausaha Ahmad Hussin Saraani, Bendahari Hii Ping Ping dan Penolong Bendahari, Orpha @ Flora Tai.

Azlan Omar, Mathodius Pius Kuha, Khussuady Penyarang dan Benet Ayom, Zahari Ismail dan Zaidil Saar kekal sebagai ahli- ahli jawatankua­sa (AJK) KSRR 2018/2019.

Dalam ucapannya, Yet turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaa­n kepada Pengurus Besar RPA Datin Helen Lim kerana memberi sokongan kepada kelab tersebut sehingga kini.

“Di bawah pengurusan beliau, kelab kita terus menerima subsidi setiap tahun serta tunjuk ajar beliau,” katanya.

Mesyuarat diakhiri dengan jamuan malam dengan pelbagai permainan, cabutan bertuah, persembaha­n dan sebagainya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia