Utusan Borneo (Sarawak)

Kerjasama semua pihak pastikan wanita capai bina upaya: Fatimah

-

KUCHING: Kerjasama semua pihak perlu untuk memastikan wanita mencapai bina upaya dalam pelbagai bidang demi kesejahter­aan komuniti.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, kementeria­n telah mencapai banyak kejayaan hasil perkongsia­n dan kerjasama strategik sebelum ini.

“Bekerja dengan rakan strategik tidak akan berjaya kalau ia dilakukan bersendiri­an.

“Dengan kerjasama itu, kita dapat melihat hasil yang lebih baik untuk diberikan kepada klien kementeria­n dan jabatan yakni golongan wanita dan kanak-kanak,” ujarnya pada Majlis Apresiasi Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JKWS) bertemakan ‘JKWS Wif Frenz’ (Masquerede Nite) di sini, malam kelmarin.

Antara kejayaan yang dicapai ialah Prosedur Operasi Standard (SOP) Urus Tadbir Keganasan Rumah Tangga dengan lebih 60 agensi berkaitan baru-baru ini.

Selain itu katanya, Program Sumbangsih Raya yang telah dianjurkan sejak 1999 dengan 2,000 set kuih-muih sehingga tahun lepas berjaya digandakan dengan 7,500 set kuih-muih untuk pasukan keselamata­n negara dengan bantuan 13 agensi dan 12 badan bukan kerajaan.

“Tidak kurang juga sambutan Hari Ibu Bapa, Hari Wanita dan banyak lagi yang telah dilakukan dengan jayanya.

“Media turut memainkan peranan penting untuk mencapai kepada golongan sasaran selain memberi input kepada kementeria­n dan jabatan untuk menambah baik perkhidmat­an sedia ada,” katanya.

Turut hadir ialah Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak Datuk Dev Kumar, Pengarah JKWS Noriah Ahmad, ahli-ahli SABATI serta lebih 65 pengamal media cetak, elektronik dan sosial.

Fatimah turut menyampaik­an geran pihak Petronas, plak kepada rakan strategik JKWS selain dihiburkan dengan pertunjukk­an fesyen daripada Anna Sue, Gavroche by Arzmy Hargreaves dan Ben Nazry pada majlis tersebut.

 ??  ?? UNTUK KENANGAN: Fatimah dan Noriah (tengah) merakamkan kenangan bersama para pengamal media tempatan pada majlis tersebut.
UNTUK KENANGAN: Fatimah dan Noriah (tengah) merakamkan kenangan bersama para pengamal media tempatan pada majlis tersebut.
 ??  ?? SIDANG MEDIA: Khalidi (dua kiri) menjelaska­n kepada media semalam mengenai pelancaran Seminar Pembanguna­n Ummah 2018 yang bakal diadakan di Miri.
SIDANG MEDIA: Khalidi (dua kiri) menjelaska­n kepada media semalam mengenai pelancaran Seminar Pembanguna­n Ummah 2018 yang bakal diadakan di Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia