Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk berharap Program Komuniti Prihatin RS1 diteruskan

-

SIBU: Penduduk Kampung Bahagia Jaya Teku di sini berterima kasih kepada Rancangan Sibu 1 ( RS1) atas keprihatin­an mereka terhadap kebajikan rakyat menerusi Program Komuniti Prihatin RS1.

Program diadakan di Bangunan Kelas Bina Insan di Kampung Bahagia Jaya Teku di sini semalam mendapat sambutan menggalakk­an daripada penduduk setempat.

Rata-rata penduduk dari kumpulan berpendapa­tan rendah hadir menerima barangan keperluan harian seperti minyak masak, beras dan serbuk pencuci secara percuma.

“Saya amat berterima kasih kepada penganjur kerana mengadakan program ini bagi membantu mengurangk­an beban rakyat.

“Saya berharap program ini diteruskan pada masa akan datang,” kata Adlie Omar, 63, yang hadir pada program bermula jam 8.30 hingga 11.30 pagi itu.

Program itu turut mendapat kerjasama Jawatankua­sa Keselamata­n Kemajuan dan Kampung ( JKKK) Kampung Bahagia Jaya Teku.

Turut mengucapka­n terima kasih ialah Wong Hii Sing, 55.

“Ini adalah salah satu langkah terbaik untuk membantu mengurangk­an kos hidup rakyat dan saya berharap program ini dapat diteruskan membantu golongan berpendapa­tan rendah,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi RS1 Datuk Andrew Wong ketika ditemui berkata, program tersebut tertumpu kepada kawasan penempatan semula seperti di Kampung Bahagia Jaya Teku.

Jelas beliau, rata- rata penduduk di kawasan penempatan semula terlepas dua program Jualan Sentuhan Rakyat di pusat bandar barubaru ini.

“Jadi, kami ( RS1) memutuskan untuk datang ke kawasan penempatan semula dan mengadakan program ini dengan mengagihka­n bantuan kepada mereka yang memerlukan.

“Program sama juga diadakan di Kampung Sentosa Salim,” katanya.

Hadir sama Pengerusi JKKK Kampung Bahagia Jaya Teku Zaidil Arip.

 ??  ?? BERSAMA: Wong (belakang, tujuh kiri) bersama penduduk Kampung Bahagia Jaya Teku pada program itu.
BERSAMA: Wong (belakang, tujuh kiri) bersama penduduk Kampung Bahagia Jaya Teku pada program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia