Utusan Borneo (Sarawak)

Miri bakal jadi lokasi pertama Seminar Pembanguna­n Ummah pada 20 Mac ini

-

MIRI: Bandar raya Miri bakal menjadi lokasi pertama Seminar Pembanguna­n Ummah 2018 yang dijangka dilancarka­n Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada 20 Mac ini.

Pemangku Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Khalidi Ibrahim berkata, kira-kira 1,300 peserta terdiri daripada pelbagai golongan masyarakat di sini bakal menyertai seminar tersebut yang diadakan di Dewan Suarah Miri.

Menurutnya, empat lokasi lain yang bakal diadakan seminar tersebut ialah Dewan HIKMAH Kuching pada 23 Mac, Dewan Suarah Limbang (6 April), Dewan Suarah Sri Aman (18 April) dan Dewan Suarah Mesra Mukah (18 April).

“Seminar ini diadakan bagi memperkasa­kan dan memberi kegemilang­an terhadap ummah sama ada yang beragama Islam mahupun bukan Islam untuk bersamasam­a berganding bahu bagi membawa kecemerlan­gan kepada negeri ini.

“Pada masa yang sama, aspek yang akan ditekankan i alah peripentin­gnya kepimpinan yang utuh dan perpaduan mantap dalam kalangan rakyat pelbagai kaum di Sarawak merentasi fahaman agama, etnik dan bangsa,” ujarnya pada sidang media di Kompleks Islam Sarawak (KIS) di sini, semalam.

Jelas Khalidi, seminar itu juga memberi penekanan dari sudut peranan wanita dalam membangunk­an ummah.

“Sebanyak tiga pembentang­an akan diadakan pada seminar sehari tersebut yang bertajuk ‘ Kecemerlan­gan Ummah, Tanggungja­wab Bersama’, ‘Wakaf: Kesatuan Ummah, Manfaat Pemilikan Bersama’, dan ‘Wanita dan Pembanguna­n Ummah’.

“Selain pembentang­an, terdapat sembilan agensi juga akan mengadakan pameran dan kaunter perkhidmat­an,” katanya sambil menambah, tema seminar tersebut ialah ‘Ummah Cemerlang Tanggungja­wab Bersama.’

Selain itu, Khalidi berkata pada majlis pelancaran seminar itu kelak, Majlis Islam Sarawak (MIS) akan memberikan sumbangan melalui Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) kepada beberapa pihak termasuk masjid dan surau, sekolah-sekolah dan pertubuhan bukan kerajaan serta individu yang telah dikenal pasti oleh pihak TBS.

Oleh itu, Khalidi menyeru penduduk di Miri untuk datang beramai-ramai dan memeriahka­n majlis pelancaran seminar yang dijangka bermula jam 3 petang.

Turut hadir pada sidang media semalam ialah Residen Miri Sherrina Hussaini dan Pegawai Daerah Miri Abdul Aziz Mohd Yusuf.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia