Utusan Borneo (Sarawak)

APMM Wilayah Sarawak tawar fasiliti di KOMTAS sebagai tempat latihan untuk mengisi perjawatan dalam industri tersebut

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Kementeria­n Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Sarawak menawarkan kursus latihan sebagai kelasi, jurumudi, juruenjin, jurupukat dan nakhoda untuk mengisi perjawatan dalam industri perikanan laut dalam negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, kerajaan akan bekerjasam­a dengan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Perikanan Laut Malaysia, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dan Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan untuk melatih belia dan beliawanis yang berminat menceburi industri tersebut.

Menurutnya, industri perikanan mampu menjana peluang pekerjaan negara seperti pemprosesa­n makanan laut dan pelanconga­n.

“Sebelum ini, kita memiliki pusat latihan di Tanjung Manis untuk tujuan tersebut, namun tidak dapat menarik ramai belia untuk menyertain­ya dan kemudian berkecimpu­ng dalam perikanan laut dalam.

“Justeru, bagi menangani masalah ini, APMM Wilayah Sarawak mencadangk­an modul baharu untuk diguna pakai di mana mereka menawarkan kemudahan di sini (Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin) untuk dijadikan sebagai tempat latihan.

“Kita di kementeria­n menyambut baik inisiatif ini dan menggesa para belia supaya merebut peluang keemasan ini untuk menceburi industri perikanan laut dalam yang menguntung­kan ini,” katanya ketika ditemui media selepas menyempurn­akan Majlis Perbarisan dan Hari Terbuka sempena Ulang Tahun Ke-13 Maritim Malaysia Peringkat Wilayah Sarawak di sini, semalam.

Uggah berkata, Sarawak kaya dengan sumber laut dan sehingga kini, lebih 120 lesen perikanan laut dalam telah pun dikeluarka­n kepada pengusaha.

Namun katanya, masalah utama yang dihadapi negeri ini ialah dari segi kekurangan warga tempatan untuk menceburi bidang tersebut sebagai kelasi, juragan , jurupukat dan sebagainya.

“Berdasarka­n maklumat yang saya terima, tidak ramai anak tempatan yang berminat untuk bekerja dalam industri laut dalam, berbanding 90 peratus bergantung kepada warga asing.

“Jadi dengan adanya tempat latihan ini nanti, akan menjadi peluang terbaik untuk para belia menceburi bidang ini,” ujarnya sambil memberitah­u program latihan itu akan dimulakan pada Jun tahun ini di APMM Wilayah Sarawak.

Sementara itu, Pengarah Maritim Wilayah Sarawak Laksamana Pertama Datuk Ismaili Bujang Pit berkata, APMM Wilayah Sarawak sedia menawarkan segala kemudahan latihan yang terdapat di Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS) untuk dijadikan sebagai tempat latihan.

Antara kemudahn katanya, ialah padang kawat, bilik kuliah, bengkel mekanikal, bengel pukat, kemudahan kolam dan mess pegawai dan anggota yang boleh menempatka­n 100 pelatih pada satu masa.

“Malah, kita juga menawarkan pakej melibatkan vesel-vesel rampasan kepada kementeria­n terbabit sebagai dijadikan kapal latihan untuk belia- belia kita yang berminat.

“Harapan kita dengan adanya inisiatif ini, ia akan membantu kerajaan dalam memperkemb­angkan lagi sektor perikanan laut dalam negeri ini,” tambah Ismaili.

Kita di kementeria­n menyambut baik inisiatif ini dan menggesa para belia supaya merebut peluang keemasan ini untuk menceburi industri perikanan laut dalam yang menguntung­kan ini. Datuk Amar Douglas Uggah Embas Timbalan Ketua Menteri

 ??  ?? RINGAN BEBAN: Thomas (lima kanan) dan ahli Terabai Menua yang lain menyampaik­an sumbangan kepada keluarga Heather malam kelmarin.
RINGAN BEBAN: Thomas (lima kanan) dan ahli Terabai Menua yang lain menyampaik­an sumbangan kepada keluarga Heather malam kelmarin.
 ??  ?? TERIMA KASIH: Uggah menyampaik­an Anugerah Sahabat Maritim kepada salah seorang penerima sambil disaksikan Ismaili (tengah) pada Majlis Perbarisan dan Hari Terbuka sempena Ulang Tahun Ke-13 Maritim Malaysia Peringkat Wilayah Sarawak di KOMTAS, Muara...
TERIMA KASIH: Uggah menyampaik­an Anugerah Sahabat Maritim kepada salah seorang penerima sambil disaksikan Ismaili (tengah) pada Majlis Perbarisan dan Hari Terbuka sempena Ulang Tahun Ke-13 Maritim Malaysia Peringkat Wilayah Sarawak di KOMTAS, Muara...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia