Utusan Borneo (Sarawak)

Industri perikanan mampu jana RM1.038 bilion menjelang 2020

-

KUCHING: Industri perikanan Sarawak mampu menjana pendapatan bernilai RM1.038 bilion menjelang 2020.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata, sehubungan itu, kehadiran Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) perlu bagi membendung penceroboh­an nelayan asing untuk melindungi sumber negeri.

Pada masa sama katanya, kehadiran Maritim Malaysia amat penting bagi memberi perlindung­an dan keselamata­n di perairan negara.

“Maritim Malaysia juga bertanggun­gjawab memastikan hal- hal kehilangan nyawa dan harta benda di laut adalah di tahap paling minimum serta memberi khidmat sokongan pada agensi yang memerlukan.

“Malah, agensi ini juga dapat membantu melonjakka­n pembanguna­n ekonomi kita dari aspek keselamata­n pelanconga­n dan perikanan,” katanya sambil menambah pendapatan hasil tangkapan sumber laut negeri ini memcecah RM862 juta pada 2016.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada Majlis Perbarisan dan Hari Terbuka sempena Ulang Tahun Ke-13 Maritim Malaysia Peringkat Wilayah Sarawak di sini, semalam.

Seramai 178 pegawai dan anggota APMM Wilayah Sarawak menyertai majlis perbarisan itu yang turut dihadiri Setiausaha Persekutua­n Sarawak Datuk Mansor Man, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni dan Pengarah Maritim Wilayah Sarawak Laksamana Pertama Datuk Ismaili Bujang Pit.

Abang Johari berkata, sejak APMM diperkenal­kan pada 2006, sebanyak 10,125 tangkapan atas pelbagai jenayah rentas sempadan di perairan negara berjaya dilakukan.

“Pada masa sama, Maritim Malaysia juga berjaya membuat tangkapan sejumlah 255,524 membabitka­n penggeleda­han berkaitan kes meliputi penyeludup­an dadah, pemerdagan­gan manusia dan pendatang asing tanpa izin (PATI)

“Berdasarka­n kejayaan ini, saya ingin mengucapka­n tahniah dan syabas kepada Maritim Malaysia atas komitmen mereka melindungi perairan kita,” katanya.

Terdahulu, Ismaili dalam ucapannya berkata, tahap keselamata­n perairan Sarawak masih tinggi diukur dari in- siden-insiden jenayah berat seperti rompakan dan rentas sempadan berbanding negeri lain.

Menurutnya, segelintir kesalahan masih berkisar kepada warga asing yang tamat tempoh dan penceroboh­an oleh vesel pukat tunda di kawasan tepi pantai.

“Kesalahan terhadap pematuhan ordinan perkapalan saudagar dalam aspek ‘ship manning’ adalah masih tinggi.

“Manakala, insiden jenayah berat seperti rompakan dan jenayah rentas sempadan mencatat angka yang paling rendah di Sarawak berbanding negeri lain,” ujarnya.

 ??  ?? SEGAK: Uggah memeriksa perbarisan APMM Wilayah Sarawak sempena Ulang Tahun Ke-13 agensi itu di Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin di Muara Tebas, semalam.
SEGAK: Uggah memeriksa perbarisan APMM Wilayah Sarawak sempena Ulang Tahun Ke-13 agensi itu di Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin di Muara Tebas, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia