Utusan Borneo (Sarawak)

Terabai Menua hulurkan sumbangan kepada keluarga mangsa kemalangan

-

MIRI: Sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) Dayak, Terabai Menua Cawangan Miri menyampaik­an sumbangan makanan kepada keluarga mangsa kemalangan, Heather Helda Tawi yang meninggal dunia kelmarin.

Sumbangan kepada keluarga terbabit disampaika­n pada malam kelmarin diketuai oleh pemangku Pengerusin­ya Wilfred Nassem dan Ketua Biro Publisiti Thomas Patrick di kediaman mangsa di Piasau Jaya Fasa 2 di sini.

“Niat kami adalah membantu mengurangk­an bebanan keluarga terbabit. Oleh itu, kami bersama ahli termasuk beberapa individu lain memberi sumbangan kepada keluarga terbabit,” jelas Thomas.

Sumbangan makanan itu merangkumi beras, minuman, biskut, kopi, gula, sayur-sayuran, daging serta keperluan lain.

“Diharapkan dengan bantuan disampaika­n sedikit sebanyak dapat meringanka­n beban keluarga itu terutamany­a pada waktu begini,” katanya.

Sementara itu, ahli Terabai Menua yang lain turut mengadakan lawatan ke atas sebuah keluarga di Niah yang turut kehilangan ahli keluarga.

Lawatan tersebut diketuai oleh Linus Eken dan Roys Akat kepada keluarga Jinap Apah yang meninggal dunia akibat sakit.

Rombongan Terabai Menua turut menyampaik­an sumbangan kepada keluarga tersebut yang disumbangk­an oleh ahli serta pelbagai individu bagi meringanka­n beban keluarga.

Thomas berkata, Terabai Menua bersedia membantu golongan keluarga kurang mampu di sekitar Miri terutamany­a mereka yang memerlukan bantuan ekoran kematian ahli keluarga.

“Kami bersedia membantu mereka kurang mampu terutamany­a dalam menguruska­n perkhidmat­an pengebumia­n. Mereka yang memerlukan bantuan boleh menghubung­i kami,” katanya.

Terabai Menua boleh dihubungi melalui Thomas Patrick menerusi talian 012856 8565.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia