Utusan Borneo (Sarawak)

Kekurangan bukan penghalang pelajar pedalaman kejar kecemerlan­gan: Dennis

-

LONG SAN, Baram: Kekurangan kemudahan di sekolah tidak sama sekali mematahkan semangat pelajar di pedalaman mencapai kecemerlan­gan dalam peperiksaa­n dan pelajaran.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Telang Usan Dennis Ngau percaya kejayaan sekolah bukan disebabkan oleh orang lain tetapi kerana semangat, komitmen dan dedikasi guru- guru, kakitangan bukan akademik, pelajar dan ibu bapa.

Beliau berkata, prestasi baik dalam peperiksaa­n adalah petunjuk bahawa mereka juga mampu melakukan yang terbaik setanding pelajar sekolah di bandar dilengkapi dengan kemudahan pengajaran dan pembelajar­an.

“Ini bermakna, walaupun ada kekurangan anda berusaha melakukan yang terbaik.

Walaupun menghadapi banyak cabaran dan kesusahan tetapi dengan semangat tinggi, anda boleh mencapai kejayaan yang diimpikan,“katanya pada majlis penyampaia­n insentif kepada pelajarpel­ajar cemerlang SPM di SMK Temenggong Datuk Lawai Jau kelmarin.

Dennis mahu pelajar-pelajar terus memperleng­kap diri mereka dengan ilmu dan kemahiran sebagai bekal untuk mereka berdepan cabaran baharu dunia teknologi sekarang.

Katanya, pendidikan penting untuk masyarakat mengubah cara hidup dan menikmati kehidupan lebih baik untuk diri, keluarga dan masyarakat.

Menurutnya, sekolah, ibu bapa dan guru-guru melakukan apa yang terbaik untuk memberi motivasi dan sokongan kepada pelajar.

“Perhatian berat itu mem- bakar semangat pelajar-pelajar rajin belajar agar harapan ibu bapa dan guru-guru untuk berjaya dalam pendidikan tercapai,” katanya.

Terdahulu, Pengetua Rechard Emang berkata sekolah tersebut membuktika­n mereka juga boleh mendapat keputusan cemerlang berbanding sekolah-sekolah di kawasan bandar.

Beliau memberitah­u, untuk SPM 2017 diumumkan Khamis lalu sekolah itu memperoleh­i GPS 5.32 iaitu keputusan terbaik antara sekolah menengah di Baram.

Beliau memberitah­u, kepu- tusan GPS meningkat setiap tahun dari 60.6 pada 2015 kepada 5.51 pada 2016.

“Antara lima sekolah menengah di daerah Baram dengan pencapaian terbaik, kita berada di tempat kedua selepas SMK Long Lama. Tempat ketiga dan kelima ialah SMK Telang Usan, SMK Marudi dan SMK Tinjar,” jelasnya.

 ??  ?? INSENTIF: Dennis menyampaik­an insentif kepada salah seorang pelajar cemerlang SPM SMK Temenggong Datuk Lawai Jau di Baram kelmarin.
INSENTIF: Dennis menyampaik­an insentif kepada salah seorang pelajar cemerlang SPM SMK Temenggong Datuk Lawai Jau di Baram kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia