Utusan Borneo (Sarawak)

Setiap individu harus berani mengambil risiko untuk berjaya dalam bidang pertanian

-

KUCHING: Masyarakat di kawasan luar bandar perlu berani mengubah cara pertanian daripada menggunaka­n kaedah tradisiona­l kepada pendekatan moden dalam mengusahak­an produk asas tani.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu Miro Simuh berkata, penggunaan kaedah pertanian moden diyakini mampu meningkatk­an penghasila­n dan kualiti produk asas tani yang diusahakan sekali gus menjana pendapatan lumayan.

Sehubungan itu katanya, setiap individu harus berani mengambil risiko untuk berjaya dalam bidang pertanian.

“Setiap bidang yang diceburi itu pasti ada pasang surutnya, begitu juga dengan sektor pertanian.

“Jadi, untuk berjaya petani perlu keluar daripada zon selesa dan cabar diri bagi meningkatk­an produktivi­ti hasil tani mereka,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaia­n Sijil Pelantikan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum Kawasan DUN Serembu di sini, kelmarin.

Hadir sama, Setiausaha Tetap Kementeria­n Pertanian Moden, Tanah Adat dan

Jadi, untuk berjaya petani perlu keluar daripada zon selesa dan cabar diri bagi meningkatk­an produktivi­ti hasil tani mereka. Miro Simuh ADUN Serembu

Pembanguna­n Wilayah Datu Ik Pahon Joyik dan Pegawai Daerah Bau Anielia Siam.

Dalam pada itu, Miro memberitah­u, industri pertanian mampu memberi pulangan baik kerana produk asas tani sentiasa ada permintaan.

Katanya, bidang pertanian secara tradisiona­l memang lebih sinonim dengan golongan masyarakat di luar bandar, namun pada hari ini mereka perlu melihat perubahan dalam bidang itu di mana bidang pertanian berkembang menjadi salah satu bidang yang sangat maju.

“Bidang pertanian kini merupakan satu bidang yang dilihat sebagai sektor yang boleh menjanjika­n pulangan yang lumayan.

“Ia juga menjadi agenda kerajaan dalam usaha untuk merapatkan jurang pendapatan di antara penduduk bandar dan luar bandar,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Miro berkata, ketua masyarakat dan ketua kaum di DUN Serembu perlu bersikap proaktif dan berpandang­an jauh dalam membangunk­an kawasan kampung masing-masing.

 ??  ?? TAHNIAH: Miro menyampaik­an sijil penyertaan kepada salah seorang penerima.
TAHNIAH: Miro menyampaik­an sijil penyertaan kepada salah seorang penerima.
 ??  ?? SERAH TERIMA TUGAS: Awang Arfian (kiri) menyerahka­n tugas kepada Roslan disaksikan Stanley (tengah) pada majlis tersebut.
SERAH TERIMA TUGAS: Awang Arfian (kiri) menyerahka­n tugas kepada Roslan disaksikan Stanley (tengah) pada majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia