Utusan Borneo (Sarawak)

PEDAS Sarikei amat hargai sumbangan Teng

-

SARIKEI: Persatuan Dayak Sarawak ( PEDAS) Sarikei mengucapka­n setinggi-tinggi terima kasih kepada Setiausaha Politik Ketua Menteri Teng Ung Woo atas sumbangan kepada persatuan tersebut.

Pengerusi PEDAS Sarikei Alex Chia berkata, sumbangan tersebut akan memberi peluang dan ruang kepada mereka untuk bergerak dan menjalanka­n tanggungja­wab sosial kepada masyarakat, selaras dengan misi dan visi penubuhan PEDAS.

“PEDAS Sarikei amat menghargai sumbangan ini dan berjanji akan memanfaatk­an setiap nilai untuk manfaat kepada semua pihak, sama ada kepada ahli-ahli PEDAS mahupun masyarakat.

“Perjuangan PEDAS adalah perjuangan untuk semua pihak tanpa mengira bangsa dan agama.

Kita sentiasa bersama dengan masyarakat.

“Oleh yang demikian, kita tidak mahu ada pihak yang beranggapa­n bahawa PEDAS hanya berjuang untuk satu pihak sahaja,” katanya kepada media, semalam.

Sehubungan itu katanya, beliau bangga dengan sifat kepimpinan Teng yang sentiasa turun padang bertemu masyarakat di peringkat akar umbi sambil menghulurk­an bantuan yang termampu.

Katanya lagi, sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bergerak akif untuk membantu masyarakat, PEDAS amat mengalu-alukan kepimpinan seperti itu bagi menyokong dan membantu masyarakat yang memerlukan bantuan dan mencari penyelesai­an terhadap masalah dan kesulitan yang membelengg­u mereka.

 ??  ?? PEDAS HULUR SUMBANGAN: Teng (kanan) menyampaik­an sumbangan kepada PEDAS Sarikei yang diwakili Alex.
PEDAS HULUR SUMBANGAN: Teng (kanan) menyampaik­an sumbangan kepada PEDAS Sarikei yang diwakili Alex.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia