Utusan Borneo (Sarawak)

Tunggakan cukai individu: Kerajaan menyambut baik cadangan PAC

Lebih ramai individu ke luar negara berbanding langkah dilaksana LHDN

-

Sebagai contoh, orang yang melakukan ibadat sebelum ini terpaksa memohon pengecuali­an sementara di Jabatan Insolvensi dan langkah itu amat membebanka­n.

BAGAN DATUK: Kerajaan menyambut baik cadangan Jawatankua­sa Kira- Kira Wang Negara (PAC) untuk menaikkan had tunggakan cukai untuk sekatan perjalanan ke luar negara daripada RM2,000 kepada RM10,000 untuk pembayar cukai individu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata had itu membolehka­n lebih ramai individu dapat ke luar negara berbanding langkah yang dilaksanak­an Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Jelasnya, langkah itu sekurang-kurangnya dapat mengurangk­an beban rakyat negara ini khususnya buat mereka yang memerlukan ke luar negara untuk melakukan ibadat dan urusan penting yang lain.

“Langkah yang dicadangka­n PAC ini satu langkah yang amat dialu-alukan dan saya akan memantau pelaksanaa­nnya jika dipersetuj­ui di peringkat dasar untuk diguna pakai dalam tempoh sesegera mungkin.

“Sebagai contoh, orang yang melakukan ibadat sebelum ini terpaksa memohon pengecuali­an sementara di Jabatan Insolvensi dan langkah itu amat membebanka­n,” katanya selepas merasmikan Kelab Usahawan Sahabat Amanah Ikhtiar Ba-

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri

gan Datuk (KUSABDA) di Dewan Datuk Lope Hashim di sini semalam.

Seramai 1,000 ahli KUSABDA hadir memeriahka­n program itu dengan turut dihadiri Pengerusi Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Dr Zubir Harun.

Sebelum ini, Pengerusi PAC Datuk Seri Hassan Ariffin berkata had tunggakan cukai tidak kurang RM2,000 untuk individu yang dilaksanak­an LHDN tidak sesuai dengan keadaan ekonomi semasa.

Pada masa yang sama, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata beliau akan mengarahka­n Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia mengimplem­entasikan langkah tersebut di semua kaunter ke luar negara, termasuk kepada mereka yang mahu ke luar negara atas urusan ibadah apabila keputusan operasiona­l diperoleh kelak.

Malah Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk meminta semua pihak menyokong cadangan tersebut kerana ia jelas memberi banyak faedah kepada rakyat.

Sementara itu ketika berucap, beliau memuji pengurusan AIM yang berjaya mengurus secara profesiona­l sehingga institusi itu mampu memberi pinjaman lebih banyak kepada rakyat memerlukan.

“Pencapaian AIM adalah merupakan contoh yang terbaik selain daripada bank Grameen di Bangladesh kerana AIM lebih tersusun struktur organisasi dan telus pentadbira­nnya serta lebih banyak keuntungan­nya.

“AIM kini telah menjadi contoh negara-negara membangun dan ini merupakan komitmen bahawa AIM bukan sekadar melaksanak­an perancanga­n dan pengurusan dana melalui mikro kredit tetapi ia adalah program sosioekono­mi untuk tingkatkan taraf ekonomi keluarga miskin keluar dari kepompong kemiskinan,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PENYERAHAN SUMBANGAN: Zahid (tengah) beramah mesra bersama penjaga penerima sumbangan Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1Malaysia (SSPN1M) selepas penyerahan sumbangan di Dewan Dato’ Mohamed Jamrah, Sg Sumun, Bagan Datuk, semalam.
— Gambar Bernama PENYERAHAN SUMBANGAN: Zahid (tengah) beramah mesra bersama penjaga penerima sumbangan Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1Malaysia (SSPN1M) selepas penyerahan sumbangan di Dewan Dato’ Mohamed Jamrah, Sg Sumun, Bagan Datuk, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? GOTONG-ROYONG: Kerja memotong rumput dan gotong-royong membersihk­an persekitar­an kawasan giat dijalankan oleh sukarelawa­n pada Program Maju bersama Negaraku di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Aman Kampung Bahagia Teluk Intan, semalam.
— Gambar Bernama GOTONG-ROYONG: Kerja memotong rumput dan gotong-royong membersihk­an persekitar­an kawasan giat dijalankan oleh sukarelawa­n pada Program Maju bersama Negaraku di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Aman Kampung Bahagia Teluk Intan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia