Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 200 sertai program ‘Maju Bersama Negaraku’ di Teluk Intan

-

TELUK INTAN: Seramai 260 pelajar, penduduk setempat serta selebriti tempatan terlibat dalam Program ‘Maju Bersama Negaraku’ di Taman Aman, Kampung Bahagia di sini, semalam.

Antara pelajar yang terlibat adalah dari Kolej Komuniti Teluk Intan, Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib serta Sekolah Kebangsaan Convent.

Program kemasyarak­atan itu, yang berlangsun­g selama tiga jam sejak 9 pagi, merangkumi gotong- royong serta membaik pulih fasiliti yang memanfaatk­an masyarakat di sekitar kawasan berkenaan.

Program itu, yang dilaksanak­an di seluruh negara mulai tahun ini, telah diadakan di Kedah, Pahang, Melaka, Johor, Selangor, Perak dan Sabah.

Sementara itu, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Aman, Mohd Aizam Ghazali, berterima kasih kepada pihak Jabatan Perdana Menteri ( JPM) yang memilih kawasan itu untuk menyertai program berkenaan.

“Kita bersama-sama mengadakan gotong- royong seperti mengecat dewan, memasang pagar dewan, membuat penanda di kubur serta memotong rumput di sekitar kawasan ini.

“Kita sering melaksanak­an gotong-royong di sini tetapi ini adalah kali pertama membabitka­n JPM...ia dapat mengeratka­n silaturahi­m antara masyarakat dengan agensi kerajaan,” katanya ketika ditemui Bernama pada program berkenaan.

Aktres Siti Saleha yang turut menyertai program itu pula berkata ia dapat merapatkan hubungan golongan artis dengan masyarakat setempat dengan melakukan bersama- sama aktiviti gotong- royong. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia