Utusan Borneo (Sarawak)

Persiapan DSA 2018 siap 90 peratus: PTD

-

KUALA LUMPUR: Persiapan pameran Perkhidmat­an Pertahanan Asia (DSA) 2018 yang akan diadakan di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabang­sa Malaysia (MITEC) pada April depan telah siap hampir 90 peratus.

Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zulkiple Kassim berkata ketika ini semua persiapan telah diatur dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengadakan mesyuarat pengurusan dengan pihak syarikat DSA.

Beliau berkata ATM sedang menyiapkan tempat pempamer untuk mempamerka­n produk pertahanan mereka manakala daripada segi penyertaan amat luar biasa.

“DSA kali ini akan diadakan dengan skala yang besar terutama ia akan berlangsun­g di tempat yang lebih besar iaitu di MITEC dan ia sememangny­a akan menarik ramai pengunjung dari dalam dan luar negara di sana nanti,” katanya kepada pemberita pada Majlis Perkahwina­n Perdana Warga ATM di Kem Kementah, di sini, semalam.

Kira-kira 1,500 syarikat berkaitan pertahanan dari 60 negara dijangka menyertai DSA 2018 pada 16 hingga 19 April ini.

DSA edisi ke- 16 itu, merupakan acara dwitahunan, meletakkan sasaran sehingga 40,000 pelawat termasuk 300 delegasi peringkat tinggi dari luar negara.

Terdahulu, 43 pasangan raja sehari warga ATM diraikan dalam majlis berkenaan yang bertujuan untuk meringanka­n kos kewangan anggota yang berkahwin.

Turut hadir, Menteri Per- tahanan Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein, Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzam­an Ahmad Badaruddin dan Panglima Tentera Udara Jen Tan Sri Affendi Buang. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MAJLIS RESEPSI: Hishammudd­in (depan, tengah) dan Raja Mohamed Affandi (depan , empat kanan) bergambar bersama 43 pasangan warga Angkatan Tentera Malaysia pada Majlis Resepsi Perkahwina­n Perdana Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kem Kementah, Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama MAJLIS RESEPSI: Hishammudd­in (depan, tengah) dan Raja Mohamed Affandi (depan , empat kanan) bergambar bersama 43 pasangan warga Angkatan Tentera Malaysia pada Majlis Resepsi Perkahwina­n Perdana Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kem Kementah, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia