Utusan Borneo (Sarawak)

Guru perlu peka perubahan sikap pelajar

-

SEREMBAN: Guru perlu lebih peka dengan setiap perubahan tingkah laku pelajar yang mungkin mengalami kemurungan sehingga menyebabka­n mereka bertindak di luar batasan.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Chong Sin Woon berkata selain guru, ibu bapa dan masyarakat juga perlu mengambil tanggungja­wab bagi memastikan kejadian yang tidak diingini dapat dibendung.

“Guru-guru, ibu bapa dan semua masyarakat perlu bekerjasam­a untuk memberi maklumat kepada pihak sekolah sekiranya mereka mengetahui ada percubaan pelajar yang ingin membunuh diri kerana menghadapi tekanan emosi supaya tindakan selanjutny­a dapat diambil.

“Sebagai ibu bapa, kita tidak seharusnya memberi tekanan berlebihan kepada anak-anak sehingga mereka mengalami masalah emosi tidak stabil hanya kerana kita inginkan mereka untuk mendapat keputusan yang baik,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan program kenduri rakyat dan Mesyuarat Agung Tahunan Taman Desa Kiara, Sikamat, dekat sini.

Chong berkata demikian sebagai mengulas kenyataan tular di media sosial baru-baru ini yang mendakwa seorang pelajar tahun empat mengalami tekanan emosi akibat desakan ibu bapa sehingga membuat keputusan untuk membunuh diri.

Mengulas lanjut, beliau berkata kecemerlan­gan pelajar tidak seharusnya diukur melalui pencapaian akademik sematamata, malah perlu turut mengambil kira dari aspek lain seperti akhlak, sahsiah, kebolehan menyelesai­kan masalah serta keyakinan diri. — Bernama KUALA LUMPUR: Konsep 5R ‘ Refuse, Reduce, Reuse, Recycle, Recovery’ ( menolak, mengurangk­an, mengguna semula, mengitar semula, pemulihan) perlu dijadikan sebagai amalan hidup rakyat Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Sdn Bhd., Datuk Mohd Zain Hassan berkata amalan konsep tersebut bagi membantu mengurangk­an pembuangan sisa pepejal yang semakin bertambah sejajar pertumbuha­n penduduk di negara ini.

Belau berkata hasrat kerajaan untuk mencapai sasaran kadar kitar semula sebanyak 22 peratus menjelang 2020 akan terkesan sekiranya konsep 5R gagal diterapkan dalam amalan gaya hidup masyarakat.

“Usaha mendidik masyarakat tentang kepentinga­n kitar semula adalah berterusan supaya dapat membantu mengurangk­an penghantar­an sisa pepejal ke tapak pelupusan,” katanya selepas majlis pelancaran Keajaiban 3R di sini, semalam.

Terdahulu, acara itu disempurna­kan oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani di Kampung Baru, di sini.

Mohd Zain berkata penambahan dua R pada peringkat permulaan dan terakhir konsep tersebut, iaitu ‘ refuse’ dan ‘ recovery’ tidak semestinya dilakukan secara drastik, tetapi boleh dimulakan dari peringkat asas sehingga ia mampu mendisipli­nkan diri, keluarga, jiran tetangga dan rakan.

“Seperti contoh di Kampung Baru ini sendiri, lebih 2 tan sisa kitar semula dikutip sejak sistem pengasinga­n sisa di peringkat sumber diperkenal­kan sejak tiga tahun lepas,” katanya.

Beliau berkata tahap kesedaran dalam pelaksanaa­n pengasinga­n sisa di peringkat sumber itu juga semakin meningkat apabila Alam Flora telah mengutip lebih 7 juta kilogram sisa kitar semula di kawasan konsesinya iaitu di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Pahang.

Tambahnya, Alam Flora turut melancarka­n program transforma­si kawasan perkhidmat­an iaitu program ‘1 Supervisor 1 Transforma­tion Area’ (1S1T ) bagi menceriaka­n sesebuah kawasan dan secara tidak langsung memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

Program transforma­si 1S1T yang bermula sejak Julai 2017 itu telah dilancarka­n di peringkat Wilayah Persekutua­n pada Nov 2017, manakala peringkat Pahang pula dilancarka­n pada Disember lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia