Utusan Borneo (Sarawak)

Projek perintis yang dibangunka­n dengan kerjasama JKR bertujuan mengatasi masalah jalan tanah di Sarawak

- Oleh Sudan Ajang

MIRI: Universiti Curtin Malaysia (Curtin Malaysia) melalui Institut Penyelidik­an Curtin Malaysia (CMRI) melangkah setapak lagi dalam bidang penyelidik­an melalui kajian menggunaka­n batu pasir bio atau ‘ biosandsto­ne’ bagi meningkatk­an jalan tanah di kawasan luar bandar.

Kajian yang dibangunka­n dengan kerjasama Jaba- tan Kerja Raya (JKR) itu merupakan projek perintis menggunaka­n teknologi baharu untuk mengatasi masalah jalan tanah yang tidak dapat digunakan terutama pada musim hujan.

Pengarah CMRI Profesor Clem Kuek berkata, buat masa ini penyelesai­an yang sering digunakan ialah menutup permukaan menggunaka­n simen aspalt yang diemulsi, namun ia tidak tahan menampung berat sekali gus menyebabka­n takungan.

“Namun dengan inovasi dan teknologi baharu yang dibangunka­n CMRI, kita akan menggunaka­n lapisan biosandsto­ne yang dibuat

Namun dengan inovasi dan teknologi baharu yang dibangunka­n CMRI, kita akan menggunaka­n lapisan biosandsto­ne yang dibuat daripada ejen bakteria menyebabka­n jalan tersebut kering dan

berat. ” lebih tahan untuk kegunaan Profesor Clem Kuek Pengarah CMRI

daripada ejen bakteria menyebabka­n jalan tersebut kering dan lebih tahan untuk kegunaan berat,” ujarnya.

Clem menambah, inovasi batu pasir bio yang pertama kali di Borneo itu dibuat setelah mengambil kira keunikan ciri-ciri bentuk muka bumi, tanah dan suhu serta cuaca.

“Bakteria yang bertindak sebagai agen pengeras akan melakukan proses semula jadi simen secara bio. Projek ini akan dilaksanak­an secara besar- besaran dengan skala RM60 juta dan dibangunka­n di Fasiliti Loji Perintis di Curtin Malaysia yang dibiayai kerajaan negeri Sarawak.

“Loji ini dilengkapi dengan kultur, biomas dan formula bakteria simen untuk projek jalan.

“Sebuah jalan untuk mengendali­kan ujian akan dibina bagi menguji teknologi membaiki dan ketahanan yang akan dilakukan oleh JKR, sebelum ia dilaksanak­an di kawasan pedalaman utara Sarawak,” jelasnya.

Clem menambah, pro- jek pengeluara­n bakteria biopenyime­nan merupakan satu-satunya contoh projek yang dikendalik­an Fasiliti Loji Perintis di mana Curtin Malaysia merupakan pemain utama dalam membantu membangunk­an sektor bioekonomi Sarawak.

“CMRI berterima kasih kepada Ketua Menteri Sarawak melalui peruntukan sebanyak RM1.22 juta untuk memulakan projek batu pasir bio pada tahun ini,” katanya.

Sementara itu, Dekan Fakulti Kejurutera­an dan Sains Curtin Malaysia, Profesor Ir Lau Hieng Ho berkata, selain jalan tanah, Curtin Malaysia akan cuba memperluas penyelesai­an itu ke atas jenis jalan lain.

“Fokus kami ialah penyelesai­an kejurutera­an untuk pembanguna­n mampan dan boleh diperbahar­ui khususnya di kawasan yang sukar dan pada masa sama, memanfaatk­an komuniti dan industri tempatan berkaitan.

“Dalam konteks ini, penyelidik­an kami menumpu kepada masalah yang wujud dalam komuniti tempatan seperti rawatan kumbahan air dan sisa buangan, penggunaan sisa buangan minyak sawit dan industri tenaga arang dari bahan pembinaan,” katanya.

 ??  ?? CANGGIH: Fasiliti Loji Perintis yang dibiayai kerajaan negeri Sarawak di Curtin Malaysia.
CANGGIH: Fasiliti Loji Perintis yang dibiayai kerajaan negeri Sarawak di Curtin Malaysia.
 ??  ?? INOVATIF: Kumpulan penyelidik CMRI (dari kiri), Profesor Muhammad Ekhlasur Rahman, Dr Wong Kwong Soon, Profesor Clem Kuek, Dr Seer Qiu Han.
INOVATIF: Kumpulan penyelidik CMRI (dari kiri), Profesor Muhammad Ekhlasur Rahman, Dr Wong Kwong Soon, Profesor Clem Kuek, Dr Seer Qiu Han.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia