Utusan Borneo (Sarawak)

THe Spring tampil Peter Rabbit sempena Cuti Paska

-

KUCHING: Terdapat kelainan sempena dengan Cuti Paska di tHe Spring tahun ini apabila menampilka­n kisah klasik Peter Rabbit oleh pengarang dan ilustrator terkenal, Beatrix Potter.

Kisah Peter Rabbit berjaya memukau kanak-kanak di seluruh dunia selama lebih daripada satu abad.

Kini, watak Peter Rabbit ditampilka­n secara istimewa ke Easter Spring di South Court tHe Spring dengan kerjasama Razak City Residences, Sony Pictures dan MBO Cinemas.

Pelbagai pilihan makanan turut dijual di sekitar bazar yang disediakan, manakala kanak-kanak berumur antara lima dan sembilan tahun boleh menyertai Parti Teh Peter, Rabbit Easter Spring.

Terdapat juga pilihan pastri daripada Madeleine Café & Patisserie dan pengunjung berpeluang menyaksika­n haiwan seperti arnab, itik dan sebagainya di Furry Friends Mini-Farm.

Pengunjung yang berbelanja RM50 di dalam satu resit dan membeli-belah di tHe Spring turut layak menyertai Easter Medley Basket tHe Spring.

Untuk mengambil bahagi- an, pembeli perlu mendaftar di Kaunter Khidmat Pelanggan dan tekaan betul akan membawa pulang hadiah Holiday Easter yang menarik.

Hadiah-hadiah ditaja oleh Poppies, Bath & Body Works, The Faceshop, MPH Bookstores, Speedy, OSIM, Parkson, Kozie, Eyesight Optic, Avenue Leather dan Jewellery Jewellery.

Dengan berbelanja sebanyak RM500 pula, pengunjung bakal menerima Peter Rabbit Notebook dan Peter Rabbit Tote Bag yang boleh ditebus di Kaunter Khidmat Pelanggan.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara dan aktiviti Peter Rabbit Easter Spring, sila hubungi Perkhidmat­an Pelanggan di 082-238 111 atau layari www.thespring.com.my.

 ??  ?? IKON: Replika Peter Rabbit yang ditampilka­n sempena Easter Spring di tHe Spring.
IKON: Replika Peter Rabbit yang ditampilka­n sempena Easter Spring di tHe Spring.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia