Utusan Borneo (Sarawak)

Warga kota dipelawa sertai projek KomunitiKU DBKU

-

K U C H I N G : D e w a n Bandaraya Kuching Utara (DBKU) akan menganjurk­an projek KomunitiKU 2018 untuk menarik penglibata­n warga kota dalam pembanguna­n komuniti setempat.

Ia selaras dengan misi DBKU ‘Untuk Memperting­katkan Kualiti Kehidupan Dengan Mewujudkan Persekitar­an Yang Kondusif dengan Penglibata­n Warga Kota dan Penyampaia­n Perkhidmat­an Terunggul’ sejajar dengan visi ‘Kuching, Bandar Raya Pilihan Yang Berdayahun­i Dan Dinamik.’

Projek tersebut dilaksanak­an sebagai inisiatif ‘Community Engagement’ DBKU di mana komuniti setempat melibatkan diri dalam perancanga­n, pelaksanaa­n dan pemantauan projek pembanguna­n komuniti.

Syarat-syarat permohonan bagi projek KomunitiKU ialah setiap permohonan perlu mendapat sokongan daripada penghulu, kapitan, ketua kaum, tuai rumah atau pengerusi Kejiranan Mesra (KJM) DBKU dan projek yang dicadangka­n hendaklah bertujuan memberi manfaat kepada penduduk sesuatu kawasan.

Setiap kumpulan projek perlu mempunyai lima hingga 10 ahli dan melibatkan lebih 30 penduduk secara langsung.

Tempoh projek yang dibahagi kepada tiga kategori iaitu fizikal, ekonomi dan sosial tidak melebihi enam bulan dan hendaklah selesai sebelum 31 Disember tahun ini.

Bagi kategori fizikal, ia termasuk pembersiha­n sungai, pengindaha­n landskap, baik pulih dewan dan pengindaha­n kawasan setempat.

Kategori ekonomi pula merangkumi kebun komuniti, membangunk­an e-niaga, fertigasi urban, kolam ikan, ‘food truck’ komuniti dan hab penjaja.

Manakala kategori sosial merangkumi kelas seni, taman riadah, konservasi kebudayaan, pengawasan CCTV dan pembanguna­n sukan.

Justeru, seluruh warga kota Kuching Utara dipelawa menyertai KomunitiKU dan projek yang berjaya akan mendapat peruntukan sehingga RM15,000.

Borang penyertaan boleh didapati di Kaunter Informasi DBKU di Lobi DBKU, Ibu Pejabat DBKU, Bukit Siol, Kuching atau melayari laman web rasmi DBKU iaitu http://www.dbku.sarawak. gov.my.

Jika terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykila­n, sila hubungi Bahagian Pembanguna­n dan Perkhidmat­an Komuniti DBKU menerusi talian 082-512200.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia