Utusan Borneo (Sarawak)

80 ikuti bengkel kekeluarga­an KEMAS di Rumah Jumat Enggat

-

SRI AMAN: Seramai 80 ahli Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung ( JKKK) dan masyarakat setempat di kawasan Po Ai, Melugu menyertai Bengkel Keluarga Sejahtera anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Bahagian Sri Aman di Rumah Jumat Enggat, dekat sini baru-baru ini.

Penyelia Pendidikan Kemahiran ( PKEM) Jabatan KEMAS Bahagian Sri Aman Rosani Ham selaku penyelaras program memberitah­u, antara lain objektif utama bengkel tersebut diadakan adalah untuk memberi peluang kepada kumpulan sasar mempelajar­i asas berkaitan pendidikan kesejahter­aan keluarga.

Di samping itu katanya, objektif lain pula adalah untuk memperkaya modal insan kumpulan sasar dengan ilmu dalam bidang kesihatan, pendidikan dan ekonomi.

Menurut Rosani lagi, ini merupakan program siri ketiga anjuran KEMAS Sri Aman di mana siri pertama di Pusat Internet 1Malaysia, Melugu dan siri kedua di Tabika KEMAS Siga.

Beliau menambah, tiga slot ceramah diketengah­kan menerusi program ini iaitu cara memadam kebakaran yang disampaika­n Pegawai Bomba dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Bahagian Sri Aman Freddy John.

Ceramah bertajuk ‘On-line Grooming’ pula disampaika­n Pengurus Pusat Internet 1Malaysia Melugu Stella Tarang dan ceramah ‘ Menjadikan JKKK sebagai Organisasi Cemerlang, Gemilang dan Terbilang’ disampaika­n Pembantu Pembanguna­n Masyarakat KEMAS Bahagian Sri Aman yang juga Penyelia Pembanguna­n Komuniti Sri Aman Kelvin Lambai.

Turut serta dalam bengkel berkenaan, tuai-tuai rumah dari kawasan Engkeramut, Melugu dan kawasan Nyelam.

 ??  ?? BINA ILMU: Para peserta bergambar beramai-ramai sebaik selesai Bengkel Keluarga Sejahtera di Melugu, Sri Aman baru-baru ini.
BINA ILMU: Para peserta bergambar beramai-ramai sebaik selesai Bengkel Keluarga Sejahtera di Melugu, Sri Aman baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia