Utusan Borneo (Sarawak)

Tindakan lebih agresif perlu banteras dadah dalam kalangan mahasiswa dan pekerja

-

MIRI: Kerajaan perlu mengambil tindakan lebih agresif dalam membantera­s pengambila­n dadah dalam kalangan mahasiswa dan golongan pekerja.

Ahli Parlimen Sibuti Datuk Ahmad Lai Bujang berkata, golongan itu dikesan menggunaka­n dadah bagi meningkatk­an ketahanan dan kekuatan badan.

“Dadah ini wujud dalam pelbagai bentuk dan pengambila­nnya dalam kalangan mahasiswa dan pekerja untuk meningkatk­an daya tahan badan perlu dikekang,” katanya pada sidang Dewan Rakyat baru-baru ini.

Ahmad Lai juga mendedahka­n modus operandi pengagihan dadah juga te- lah menular ke kawasan kampung-kampung di luar bandar.

“Contohnya di kawasan saya, kerajaan telah membina jalan raya untuk keselesaan rakyat, namun kemudahan ini disalah guna untuk pengedar menjual dadah,” tegasnya.

Pengedar terbabit katanya, membekalka­n dadah dari bandar ke kampung-kampung menerusi jalan darat yang disediakan kerajaan.

“Lebih parah apabila ada penagih ini mencuri hasil pertanian seperti sawit atau buahbuahan bermusim untuk mendapatka­n wang demi membeli bekalan dadah,” jelasnya.

Dia juga mendesak agar kerajaan menambah keanggotaa­n polis di kawasan Sibuti dan menggunaka­n platform TN50 sebagai platform memerangi dadah.

“Galakan perlu diberikan kepada langkah mengubati penagihan dan pencegahan di peringkat akar umbi terutama di sekolah.

“Kerajaan perlu lebih agresif memerangi sindiket pengedar dadah ini agar mereka tidak lagi meluaskan empayar dadah mereka di negara ini,” katanya.

Menyentuh mengenai TN50 katanya, konsep Youth City perlu diperluask­an kepada Youth Village atau Pembanguna­n Pekan Belia khususnya kepada belia yang memilih untuk menetap di luar bandar.

Pada masa sama katanya, kerajaan juga telah menggalakk­an program-program penanaman seperti kelapa dan pemelihara­an burung walit serta madu kelulut.

“Bagaimanap­un, golongan muda perlu diberikan pendedahan dan peluang untuk menerokai bidang ini agar ia tidak dikuasai kumpulan tertentu sahaja,” jelasnya.

 ??  ?? AHMAD LAI
AHMAD LAI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia