Utusan Borneo (Sarawak)

Stor IPFN HKL terbakar, suasana cemas

Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan berlaku dalam kebakaran berkenaan

-

KUALA LUMPUR: Suasana di Hospital Kuala Lumpur ( HKL) di sini bertukar cemas tengah hari semalam apabila berlaku kebakaran di stor Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) HKL.

Pengarah HKL Datin Dr Nor Akma Yusuf dalam satu kenyataan berkata berikutan kejadian itu semua pesakit, kakitangan dan pelawat di bangunan berdekatan telah diarah berpindah segera.

Bagaimanap­un, dalam kejadian pada kira- kira jam 12.15 tengah hari itu, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan berlaku.

Saiful Bahari Saidin, 54, waris seorang pesakit berkata pekarangan hospital bertukar kecoh dan kelam-kabut selepas kakitangan dan polis bantuan mengarahka­n semua yang berada di dalam bangunan berhampira­n IPFN termasuk pesakit dan waris pesakit, keluar dari bangunan.

Saya terhidu bau hangit semasa berada di kawasan parkir ambulans yang berada di sebelah IPFN… Saya nampak api dan asap di bahagian belakang bangunan itu. Saiful Bahari Saidin Waris pesakit

“Saya terhidu bau hangit semasa berada di kawasan parkir ambulans yang berada di sebelah IPFN… Saya nampak api dan asap di bahagian belakang bangunan itu,” katanya di tempat kejadian.

Menurutnya, beliau dimaklumka­n oleh kakitangan hospital kebakaran itu berpunca dari bahagian belakang makmal forensik dan stor.

Sementara itu, seorang lagi saksi Norashidah Abd Wahab, 34, berkata beliau ke hospital untuk melawat ibunya yang sakit buah pinggang yang dirawat di Unit Rawatan Rapi Unit Urologi.

“Ketika di wad, kakitangan hospital minta kami supaya mengosongk­an wad itu kerana asap sudah masuk ke bangunan… saya tak sempat fikir apa-apa dan hanya fikir untuk selamatkan ibu dan diri sendiri kerana terlalu panik.

“Kami semua dikumpulka­n di kawasan parkir di depan wad kecemasan,” katanya.

Tinjauan Bernama kemudian mendapati suasana kembali normal dan pesakit yang dipindahka­n keluar, sudahpun dibawa masuk semula ke wad masing-masing. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? CEMAS: Sebahagian daripada pesakit dialihkan sementara ke kawasan lapang selepas sebahagian dari bangunan Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL) terbakar di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama CEMAS: Sebahagian daripada pesakit dialihkan sementara ke kawasan lapang selepas sebahagian dari bangunan Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL) terbakar di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia