Utusan Borneo (Sarawak)

Ibu bapa tidak perlu ragui status halal vaksin: Dr Hilmi

-

BALIK PULAU: Masyarakat khususnya ibu bapa tidak perlu bimbang tentang status vaksin yang diberikan kepada bayi dan kanak-kanak kerana semuanya dijamin halal termasuk vaksin bakteria difteria, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Beliau berkata Kementeria­n Kesihatan sememangny­a melakukan pemeriksaa­n ke atas vaksin-vaksin yang diberikan dan vaksin yang mengandung­i asid deoksiribo­nukleik (DNA) khinzir tidak akan diterima.

Menurutnya, terdapat ibu bapa memberi alasan tidak mahu memvaksin anak mereka kerana ragu dan tidak yakin tentang status halal produk berkenaan.

“Vaksinasi yang disediakan oleh kerajaan semuanya halal dan Majlis Fatwa Kebangsaan juga telah mengeluark­an kenyataan berhubung isu ini dan ibu bapa perlu rujuk perkara itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Projek Tabung Penyelengg­araan 1Malaysia (TP1M) di sini, semalam.

Dr Hilmi merujuk kes seorang kanak-kanak berusia dua tahun lima bulan yang disahkan meninggal dunia pada 14 Mac lepas akibat dijangkiti bakteria difteria kerana tidak mendapat vaksinasi difteria sejak lahir atas permintaan keluarga.

Beliau berkata semua pihak tidak seharusnya mempercaya­i maklumat yang diperolehi daripada media sosial berhubung status halal vaksin sebaliknya perlu mempercaya­i nasihat dan khidmat pakar.

“Setakat ini di Malaysia hanya ada satu vaksin yang mengandung­i DNA khinzir iaitu vaksin Rotavirus. Kerajaan tidak beli vaksin Rotavirus. Ia hanya terdapat di klinik-klinik swasta untuk merawat cirit-birit,” katanya

Dr Hilmi berkata setiap tahun, kerajaan persekutua­n memperuntu­kkan RM120 juta untuk membeli vaksin bagi 12 jenis penyakit.

Katanya, vaksin berkenaan diberikan secara percuma kepada bayi baharu lahir sehingga usianya mencapai tiga tahun. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia