Utusan Borneo (Sarawak)

Litar pintas dipercayai punca kebakaran stor IPFN HKL: Bomba

-

KUALA LUMPUR: Kebakaran di stor penyimpana­n peralatan Makmal Jabatan Patologi di Institut Forensik Perubatan Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL) semalam dipercayai berpunca daripada litar pintas.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Khirudin Drahman berkata stor penyimpana­n yang terbakar melibatkan peralatan bedah siasat yang diperbuat daripada plastik.

Beliau berkata kebakaran pada kira- kira jam 12.15 tengah hari itu menyebabka­n dua petugas yang berada di dalam stor di tingkat bawah bangunan berkenaan terperangk­ap, namun kedua-duanya sempat naik ke tingkat atas sebelum diselamatk­an anggota bomba.

“Susulan itu, pihak HKL telah mengambil tindakan dengan menutup suis elektrik di makmal itu termasukla­h membawa keluar kira-kira 150 tong oksigen ke tempat selamat.

“Selain itu, bomba juga mengalihka­n bahan kajian HKL yang diletakkan di dalam peti sejuk dan men- galihkan 19 mayat dari bilik mayat ekoran suis peti sejuk ditutup,” katanya pada sidang akhbar di IPFN di sini.

Khirudin berkata stor berkenaan terbakar 100 peratus tetapi kebakaran tidak mer- ebak ke bahagian lain kerana api berjaya dikawal pihak bomba dalam masa setengah jam.

“Pengoperas­ian HKL berjalan seperti biasa kecuali di makmal stor penyimpana­n itu yang ditutup sementara untuk siasatan forensik kebakaran.

“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada kira-kira jam 12.20 tengah hari dan tiba di lokasi 10 minit kemudian bersama lima jentera bomba antaranya dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa dan KLCC dengan jumlah keanggotaa­n sebanyak 31 anggota serta lapan pegawai,” katanya.

Beliau turut mengucapka­n tahniah kepada petugas HKL kerana memanggil pasukan Emergency Response Team HKL sebelum ketibaan pasukan bomba di tempat kejadian.

Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kebakaran itu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MENINJAU LOKASI: Khirudin menjawab pertanyaan pemberita selepas meninjau lokasi kebakaran di stor Institut Perubatan Forensik Negara, Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama MENINJAU LOKASI: Khirudin menjawab pertanyaan pemberita selepas meninjau lokasi kebakaran di stor Institut Perubatan Forensik Negara, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia