Utusan Borneo (Sarawak)

Difteria: Ibu bapa diminta segera dapatkan suntikan vaksin kepada anak-anak

-

SEGAMAT: Kementeria­n Kesihatan menasihatk­an ibu bapa yang belum membawa anak-anak mereka menerima suntikan vaksin difteria agar ‘ membuka mata’ dan segera mendapatka­nnya bagi melindungi anak- anak mereka daripada terkena jangkitan yang boleh membawa maut itu.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata meskipun tiada bentuk hukuman yang boleh dikenakan terhadap ibu bapa atau penjaga yang gagal mendapatka­n imunisasi pada anak-anak mereka, namun mereka perlu sedar impak yang bakal diterima oleh anakanak khususnya yang berusia tujuh tahun ke bawah.

“Tahun lepas, sebanyak 32 kes positif difteria dilaporkan di seluruh negara dan membabitka­n tujuh kematian... lebih membimbang­kan, kesemua kes kematian berkenaan disebabkan oleh kedegilan sesetengah komuniti yang enggan dan tidak percaya pada suntikan vaksin pada anak-anak mereka.

Jika kita tak dapat vaksin, besar kemungkina­n kita akan dijangkiti penyakit tersebut yang juga boleh membawa maut. Jadi, kita galakkan ibu bapa untuk vaksinkan anak masingmasi­ng, dapatkan pelalian sebagaiman­a mengikut jadual yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis perasmian Fiesta Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) Mesra Rakyat yang dirasmikan oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramania­m di Padang Awam Jementah, di sini semalam.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Perbendaha­raan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah dan Ketua Setiausaha Kementeria­n Kesihatan Datuk Seri Dr Chen Chaw Min.

Dr Noor Hisham berkata jangkitan difteria sepatutnya dapat diatasi jika masyarakat khususnya ibu bapa mendapatka­n suntikan ‘lima serangkai’ yang diberi kepada semua kanak-kanak di negara ini pada usia dua, tiga dan lima bulan serta suntikan tambahan pada usia 18 bulan.

Katanya suntikan vaksin yang disyorkan oleh kementeria­n ini mampu mencegah pelbagai jenis penyakit berbahaya yang mudah dijangkiti oleh kanak-kanak dan sekiranya dijangkiti, gejala itu adalah ringan dan tidak meninggalk­an kesan komplikasi.

K e l m a r i n , m e d i a melaporkan Kementeria­n Kesihatan mengesahka­n terdapat satu kes kematian di Miri, Sarawak pada 14 Mac lepas membabitka­n kanak-kanak berusia dua tahun lima bulan disyaki akibat difteria kerana tidak mendapat pelalian bagi penyakit itu sejak lahir.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati keluarga mangsa enggan mendapatka­n pelalian atas dasar kepercayaa­n agama. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia