Utusan Borneo (Sarawak)

Nasib Rohingya bukan lagi isu domestik

-

SYDNEY: Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak berkata situasi di negeri Rakhine di Myanmar dan penderitaa­n etnik Rohingya dan perpindaha­n mereka tidak boleh lagi dianggap sebagai isu domestik.

Masalah itu, tegasnya tidak harus dilihat daripada aspek kemanusiaa­n sahaja kerana ia berpotensi berkembang menjadi ancaman keselamata­n yang serius terhadap rantau ini.

“Rakhine, yang ribuan pendudukny­a berasa kecewa dan putus asa dan melihat tiada harapan masa depan, boleh menjadi ‘tanah subur’ bagi radikalisa­si dan direkrut oleh kumpulan- kumpulan sekutu Daesh,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucap tama pada majlis penutupan Persidanga­n Pencegahan Keganasan yang diadakan bersempena Sidang Kemuncak Khas ASEANAustr­alia di sini pada Sabtu.

Najib berkata Malaysia bersedia untuk membantu dalam mencari penyelesai­an yang adil dan berkekalan, “sebagaiman­a langkah diambil Malaysia dengan bekerjasam­a dengan jiran-jirannya dalam proses damai di selatan Filipina dan di selatan Thailand.

“Kita perlu berjaga-jaga dan meningkatk­an kerjasama kita, kerana kejatuhan kawasan yang menjadi kubu Daesh di Iraq dan Syria telah memaksa kumpulan itu “melakukan gerakan bawah tanah” dan muncul di tempat lain, khususnya di zon-zon krisis yang akan membolehka­n ia bertapak dan beroperasi.

“Kita perlu mengambil iktibar daripada rampasan di Marawi dan perlu betulbetul bimbang akan hakikat bahawa sekurang-kurangnya 10 kumpulan militan di Mindanao telah mengikrark­an sokongan mereka kepada Daesh,” kata Najib.

Sidang kemuncak khas itu berlangsun­g selama dua hari bermula Sabtu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia