Utusan Borneo (Sarawak)

FAMA komited pastikan rakyat nikmati harga berpatutan

-

YAN: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) terus komited dalam memainkan peranan bagi memastikan rakyat di seluruh negara dapat membeli barangan keperluan pada harga berpatutan.

Pengerusi FAMA Tan Sri Badruddin Amiruldin berkata peranan yang dilakukan FAMA terbukti dapat memastikan rakyat tidak tertekan dengan peniaga tidak bertanggun­gjawab yang memanipula­si harga jualan barangan keperluan itu.

“Program seperti Jimat Belanja Dapur, sebenarnya memberi kefahaman kepada rakyat bahawa kerajaan menerusi FAMA prihatin dalam memastikan rakyat tidak tertekan dengan hargaharga yang dimainkan oleh peniaga-peniaga yang tidak bertanggun­gjawab.

Harga yang ditawarkan FAMA melalui program Jimat Belanja Dapur adalah munasabah, dan kalau peniaga-peniaga dapat menjual barangan pada harga sebegini, sudah tentu rakyat tidak akan menghadapi masalah untuk membeli barang pada harga berpatutan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurn­akan Majlis Pelancaran Program Jimat Belanja Dapur@“KAN SYOKKK TH” anjuran Tabung Haji di Pantai Murni di sini semalam.

Turut hadir Pengarah FAMA negeri Kedah Anuar Mohamed.

Badruddin berkata tindakan ‘main harga’ wujud adalah disebabkan sikap sesetengah peniaga yang mahu mengaut untung secara berlebihan sambil memperliha­tkan seolah-olah kerajaan tidak mengambil berat terhadap kebajikan rakyat sehingga akhirnya kerajaan yang dipersalah­kan.

“Tetapi sebenarnya, apabila FAMA bertindak untuk melihat harga yang sepatutnya, kita dapat lihat bagaimana kadang-kadang peniaga-peniaga yang mahu kaut untung lebih bertindak menjualnya pada harga yang tidak munasabah.

Justeru, saya menyaranka­n agar rakyat mendekati jabatan dan agensi kerajaan, seperti FAMA dan Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani, supaya mereka dapat membeli barang keperluan termasuk barang kawalan, pada harga yang sangat berpatutan,” katanya.

Dalam pada itu, Badruddin berkata, sebanyak 18 tan buah-buahan dan sayur-sayuran segar yang dibawa terus dari ladang, ditawarkan pada harga jauh lebih murah daripada harga pasaran, sempena program Jimat Belanja Dapur hari ini (semalam) yang berlangsun­g sehingga petang.

“Program ini kita akan teruskan di rangkaian gerai FAMA di seluruh negara, yang mana kita ada sebanyak 2,089 rangkaian FAMA, bahkan barangan keperluan kering seperti barang kawalan juga kita jual di semua pejabat FAMA daerah, untuk membolehka­n rakyat membeli pada harga berpatutan.

Jika tahun lalu nilai jualan membabitka­n seluruh rangkaian FAMA berjumlah RM2.64 bilion, tahun ini kita sasarkan lebih lagi iaitu RM3.5 bilion,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia