Utusan Borneo (Sarawak)

Sepuluh pasangan kahwin serentak di Maran

-

MARAN: Seramai 10 pasangan melangsung­kan perkahwina­n beramai- ramai di Dewan Arena YAM Tengku Muda, di sini semalam sempena Program Mega Raja Sehari anjuran Pejabat Agama Islam Daerah Maran.

Rata-rata pengantin yang berumur 18 hingga 40 tahun ketika ditemui menzahirka­n rasa gembira dengan program yang diadakan itu kerana ia bukan sahaja menjimatka­n kos, malah menjimatka­n masa, tenaga serta menyenangk­an proses keseluruha­n perkahwina­n.

Bagi pasangan Nurul Yasmin Atiqah Azmi, 22, seorang juruwang dari Felda Jengka 6 dan Muhammad Haiqal Ismail, 26, dari Felda Jengka 8, program seperti itu dapat memudahkan pasangan muda seperti mereka berkahwin dan membina keluarga.

“Memang seronok apabila dapat berkahwin beramai-ramai seperti ini, malah ia akan menjadi satu sejarah untuk kami kenang sehingga anak cucu nanti,” katanya kepada Bernama ketika ditemui pada majlis itu.

Beliau berharap majlis seperti itu dapat diteruskan pada masa akan datang bagi membantu lebih ramai golongan muda untuk berumahtan­gga terutama dalam keadaan kenaikan kos sara hidup pada masa kini.

Isteri Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abd Muttalib, Datin Seri Fatimah Kassim merasmikan program itu yang diadakan dengan kerjasama Pegaga Emas Enterprise dan House of Zack Bridal Boutique.

Seorang lagi peserta program Norazah Hamzah, 33, dari Kampung Serengkam, Maran dan Mohd Sukry Jamaluddin, 33, dari Petaling Jaya pula, mereka mengetahui program pernikahan beramai-ramai itu melalui media sosial dan daripada rakan-rakan.

“Kami daftar pada bulan Februari dan walaupun lewat, proses pendaftara­nnya berjalan dengan lancar dan kami dapat kerjasama yang baik daripada pihak penganjur, malah kami juga bebas untuk menjemput 100 orang tetamu untuk meraikan perkahwina­n kami,” katanya.

Sementara itu, wakil penganjur program itu Tengku Nur Nadia Tengku Mustafa berkata peserta hanya perlu membayar RM3,000 untuk pakej perkawinan termasuk kos juruacara majlis, sistem amplifikas­i elektronik (PA System), baju pengantin, dewan, dan proses kebenaran berkahwin. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? JIMAT KOS: Pasangan pengantin ceria ketika disandingk­an secara beramai-ramai pada majlis Mega Raja Sehari Parlimen Maran, di Maran, semalam.
— Gambar Bernama JIMAT KOS: Pasangan pengantin ceria ketika disandingk­an secara beramai-ramai pada majlis Mega Raja Sehari Parlimen Maran, di Maran, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia