Utusan Borneo (Sarawak)

Dahulunya Tun Mahathir menyifatka­n DAP sebuah parti rasis

-

KEMAMAN: Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mungkin bertanding di atas tiket DAP pada Pilihan Raya Umum Ke- 14 ( PRU14) adalah satu bentuk pengkhiana­tan terhadap bangsa Melayu, kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata ini berdasarka­n hakikat bahawa pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu yang dahulunya menyifatka­n DAP sebagai sebuah parti rasis dan patut ditolak oleh orang Melayu.

“Dulu Tun M menganggap bahawa bagi orang Melayu, musuh mereka adalah DAP... bukan saya kata tapi Tun M yang katakannya.

“Ertinya (langkah Dr Mahathir) bekerjasam­a dan memberikan ruang untuk negara ini diperintah oleh DAP adalah pengkhiana­tan beliau kepada bangsanya sendiri jika saya gunakan prinsip yang digunakan Tun M satu ketika dahulu (semasa menerajui negara),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas kenyataan Dr Mahathir yang sanggup bertanding di bawah tiket mana-mana parti pembangkan­g dalam Pakatan Harapan termasuk DAP pada PRU14 akan datang, jika PPBM dibubarkan.

Ahmad Shabery berkata sekiranya seseorang pemimpin itu dilihat tidak konsisten, pendirian yang berubah-ubah, ia memberi satu isyarat jelas untuk rakyat tidak memberikan sokongan kepada pemimpin itu.

“Sudah tentu kalau tanya saya, saya alu-alukan sekiranya benar Tun M dan parti beliau akan gunakan lambang DAP kerana ia akan memudahkan rakyat memahami bahawa beliau adalah didalangi oleh DAP,” katanya.

Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan (RoS) mengeluark­an notis kepada PPBM berkuat kuasa 28 Feb lepas yang antara lain memerlukan parti itu menjawab dan menyerahka­n maklumat serta dokumen berkaitan minit mesyuarat cawangan, bahagian dan pusat serta perihal penyata kewangan parti dalam tempoh 30 hari, atau berdepan risiko dibubarkan. — Bernama

Ertinya (langkah Dr Mahathir) bekerjasam­a dan memberikan ruang untuk negara ini diperintah oleh DAP adalah pengkhiana­tan beliau kepada bangsanya sendiri jika saya gunakan prinsip yang digunakan Tun M satu ketika dahulu (semasa menerajui negara). Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek Anggota Majlis Tertinggi UMNO

 ?? — Gambar Bernama ?? TERTARIK: Mohamed Khaled (dua kiri) melawat gerai Rehamna Enterprise yang menjual produk kraf tangan dari Sabah selepas merasmikan Pasar Muafakat Sabah yang dibuka di Jalan Suria 66, Bandar Seri Alam semalam.
— Gambar Bernama TERTARIK: Mohamed Khaled (dua kiri) melawat gerai Rehamna Enterprise yang menjual produk kraf tangan dari Sabah selepas merasmikan Pasar Muafakat Sabah yang dibuka di Jalan Suria 66, Bandar Seri Alam semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? ANGKAT SUMPAH: Mohd Effendi mengangkat sumpah dan menandatan­gani Akuan Sumpah Gelaran di hadapan Sultan Sharafuddi­n Idris Shah pada Majlis Istiadat Pemasyhura­n Gelaran Dan Mengangkat Sumpah Serta Menjunjung Duli Bagi Orang-Orang Besar Istana, Orang...
— Gambar Bernama ANGKAT SUMPAH: Mohd Effendi mengangkat sumpah dan menandatan­gani Akuan Sumpah Gelaran di hadapan Sultan Sharafuddi­n Idris Shah pada Majlis Istiadat Pemasyhura­n Gelaran Dan Mengangkat Sumpah Serta Menjunjung Duli Bagi Orang-Orang Besar Istana, Orang...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia