Utusan Borneo (Sarawak)

Lima individu dimasyhur sebagai pembesar Selangor

-

KLANG: Lima individu dimasyhurk­an sebagai pembesar negeri Selangor oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddi­n Idris Shah dalam majlis penuh adat istiadat diraja di Istana Alam Shah di sini semalam.

Majlis pemasyhura­n ialah bagi Orang Besar Istana, Orang Besar Daerah dan Datuk Diraja Selangor.Turut berangkat ke istiadat tersebut ialah Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Dalam istiadat itu, dua individu dimasyhurk­an sebagai Orang Besar Istana iaitu Tengku Musahidin Shah Tengku Abdul Samad Shah Alhaj dengan gelaran Tengku Seri Perkasa Diraja manakala Syed Haizam Hishamuddi­n Putra Jamalullai­l Alhaj Syed Anwar Jamalullai­l Alhaj pula bergelar Engku Panglima Setia Diraja.

Datuk Emran Kadir pula dimasyhurk­an sebagai Orang Besar Daerah dengan gelaran Datuk Orang Kaya Maha Bi- jaya Petaling manakala Datuk Diraja Selangor dimasyhurk­an kepada dua individu iaitu Datuk Mohd Effendi Abdullah yang bergelar Datuk Kurnia Bakti Diraja dan Datuk George Stewart LaBrooy yang bergelar Datuk Setia Pekerti Diraja.

Dalam istiadat tersebut, kelima-lima individu berkenaan mengangkat sumpah serta menandatan­gani akuan sumpah gelaran sebelum dikurniaka­n keris panjang daripada Sultan Sharafuddi­n.

Mereka juga perlu meninggalk­an negeri Selangor selama tujuh hari mulai hari ini (semalam) sebelum kembali semula bagi istiadat menjunjung duli.

Tengku Musahidin Shah, 34, merupakan salah seorang pengarah di Syarikat Ropequest Sdn Bhd dan juga anak saudara kepada Sultan Sharafuddi­n manakala Syed Haizam Hishamuddi­n Putra Jamalullai­l Alhaj, 34, pula adalah pemegang amanah Yayasan Raja Muda Selangor serta Selangor Youth Community (SAY).

Kedua-dua mereka telah dilantik dan dikurniaka­n gelaran tersebut oleh Sultan Sharafuddi­n pada 1 Julai 2016.

Emran, 69, yang memegang jawatan Pengarah Suruhanjay­a Perkhidmat­an Awam Selangor dilantik sebagai Orang Besar Daerah Petaling dan dikurniaka­n gelaran tersebut pada 1 Okt 2010.

Manakala Mohd Effendi, 56, yang berkhidmat sebagai Pengarah Eksekutif (Pasaran Modal) Sedec Corporate Advisory Services Sdn Bhd dan George Stewart LaBrooy, Pengerusi Kumpulan Syarikat AREA dilantik serta dikurniaka­n gelaran berkenaan pada 1 Julai 2016.

Keberangka­tan keluar Sultan Sharafuddi­n dan Tengku Permaisuri Norashikin dari Balairung Seri sejurus selesai istiadat pemasyhura­n disertai tembakan sembilan das meriam sebagai simbol sembilan daerah di negeri Selangor. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia