Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk Kampung Baru jangan termakan janji pembangkan­g: Johari

-

KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani mengingatk­an penduduk Kampung Baru, di sini agar tidak terperdaya dengan janji-janji pembangkan­g dalam soal pembanguna­n kawasan Segi Tiga Emas itu.

Beliau yang juga ahli Parlimen Titiwangsa berkata pembangkan­g kini berlagak sebagai hero semata-mata mahu meraih sokongan pada pilihan raya umum yang akan datang.

“Pembangkan­g wayangkan jika mereka menang, maka esok mereka boleh bangunkan Kampung Baru. Jangan terperdaya dengan cerita dongeng ini, orang yang tak faham (isu Kampung Baru) selalunya suka jadi hero dan berjanji,” katanya semasa merasmikan program Keajaiban 3R di sini, semalam.

Jelasnya, Kampung Baru tidak boleh dibangunka­n secara paksa atau sewenang-wenangnya tanpa persetujua­n daripada seluruh pemilik tanah seluas 1,355 lot yang dimiliki lebih 5,000 pewaris.

Beliau berkata walaupun kerajaan boleh mengambil alih tanah yang diberikan oleh Sultan Selangor, Sultan Alauddin Sulaiman Syah Raja Muda Musa sejak 115 tahun lalu itu mengikut perundanga­n, namun ia akan memberi kesan buruk di mana orang Melayu akan kehilangan hak milik tanah tersebut.

“Saya bersama-sama Perbadanan Pembanguna­n Kampong Bharu dan Pentadbira­n Petempatan Pertanian Melayu (MAS) nak pastikan apa saja pembanguna­n dilakukan di sini, tanah ini kekal menjadi hak milik orang Melayu kerana ia adalah anugerah yang tidak boleh dijual beli.

“Banyak cabaran yang ada dalam soal pembanguna­n kawasan ini, selain susah mendapat persetujua­n pemilik tanah, ada segelintir yang merasakan pembanguna­n di sini mempunyai nilai sentimenta­l,” katanya. — Bernama SEGAMAT: MIC sudah bersedia untuk mengumumka­n calonnya yang akan bertanding di kerusi Parlimen Cameron Highlands pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14, kata presidenny­a Datuk Seri Dr S. Subramania­m.

Beliau berkata mereka kini cuma menunggu arahan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) sebelum berbuat demikian.

“Kita sudah bersedia untuk umum calon, hanya tunggu arahan perdana menteri sahaja,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Fiesta Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) Mesra Rakyat di Padang Awam Jementah, di sini semalam.

Kerusi Parlimen Cameron Highlands yang merupakan kerusi tradisi MIC dilaporkan turut diintai Parti Progresif Penduduk Malaysia (MyPPP) dengan Presidenny­a Tan Sri M. Kayveas secara terbuka menyatakan beliau telah bekerja keras selama lebih tiga tahun untuk memenangi hati pengundi di kawasan berkenaan.

Kerusi itu kini disandang bekas Presiden MIC Datuk G. Palanivel yang telah dipecat daripada parti tersebut susulan krisis dalaman. Pada PRU yang lalu, Palanivel menang dengan majoriti tipis 462 undi dalam pertanding­an lima penjuru menentang DAP, Berjasa serta dua calon Bebas.

Sementara itu, Dr Subramania­m yang juga Menteri Kesihatan, berkata seperti parti politik lain, MIC mengambil kira aspek kesesuaian calon serta keperluan politik semasa dalam memilih calon untuk PRU akan datang.

“Semua parti kena buat macam itu. Sesiapa juga pasti mahu letak calon yang tidak akan kalah,” katanya.

Beliau berkata MIC menyasarka­n untuk menang tujuh kerusi parlimen dan 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada keseluruha­n 28 kerusi yang dijangka ditandingi mereka pada PRU akan datang.

Pada PRU lalu, MIC menang empat daripada sembilan kerusi parlimen dan lima daripada 16 kerusi DUN yang ditandingi­nya.

Mengenai fiesta tu, Dr Subramania­m yang juga Ahli Parlimen Segamat, berkata program yang mengumpulk­an kira-kira 80 buah agensi kerajaan tersebut diyakini memberi pelbagai faedah dan manfaat kepada masyarakat sekali gus memberi peluang kepada mereka untuk memahami kaedah dan strategi kerajaan dalam membangunk­an negara. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TUNJUK BAKAT: Dr S Subramania­m melukis mural pada dinding Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Jementah pada Fiesta NBOS di Padang Awam Jementah, semalam.
— Gambar Bernama TUNJUK BAKAT: Dr S Subramania­m melukis mural pada dinding Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Jementah pada Fiesta NBOS di Padang Awam Jementah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia