Utusan Borneo (Sarawak)

GP Olahraga Para: Malaysia bawa pulang tiga emas dari Dubai

-

KUALA LUMPUR: Skuad paralimpik elit negara menamatkan saingan hari terakhir Kejohanan Olahraga Antarabang­sa Fazza ke-10 - Grand Prix (GP) Olahraga Para Dunia di Dubai, Emiriah Arab Bersatu, kelmarin dengan satu pingat perak.

Secara keseluruha­n kontinjen negara menamatkan sain- gan di kejohanan itu dengan meraih tiga pingat emas, satu perak dan satu gangsa.

Pingat emas diperolehi menerusi Muhammad Ziyad Zolkefli (lontar peluru lelaki F20 lelaki), Mohd Nasharuddi­n Mohamad (400m lelaki T20/T13) dan Siti Nor Radiah Ismail (lompat jauh wanita T20).

Menurut unit perhubunga­n media Institut Sukan Negara (ISN), pingat perak yang diraih pada hari terakhir adalah menerusi Doriah Poulus dalam acara melempar cakera wanita F44 ( kecacatan anggota) selepas membuat lemparan sejauh 24.56 meter (m) pada percubaan keempat.

Atlet berusia 30 tahun dari Keningau, Sabah, itu bagaimanap­un, gagal membuat lontaran yang baik pada tiga percubaan awal selepas ia dibatalkan dan hanya mencatat 24.22m pada percubaan terakhir.

Pingat emas acara itu dimenangi oleh atlet Norway, Ida Nesse, dengan jarak 30.63m dan pingat gangsa menjadi milik Suman dari India dengan jarak 22.95m.

Pada Khamis, Doriah, pemenang dua pingat emas temasya Sukan Para ASEAN Kesembilan, sekadar menamatkan saingan di tempat ketujuh dalam acara lontar peluru dengan jarak 8.29m. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia