Utusan Borneo (Sarawak)

FIFA luluskan penggunaan VAR pada Piala Dunia 2018

-

BOGOTA: Teknologi video pembantu pengadil (VAR) akan membuat penampilan sulung di kejohanan bola sepak Piala Dunia di Rusia pada musim panas ini walaupun mendapat bantahan dari dalam dan luar sukan bola sepak, kata Presiden FIFA Gianni Infantino kelmarin.

“Kita akan ada pada 2018, buat kali pertama, Piala Dunia dengan VAR,” kata Infantino selepas mesyuarat Majlis FIFA yang, seperti dijangkaka­n, menyokong kelulusan yang diberikan oleh Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabang­sa (IFAB) yang membuat peraturan di Zurich dua minggu lepas.

“Ini telah diluluskan dan kami benar- benar sangat gembira dengan keputusan ini.”

Piala Dunia, yang berlangsun­g dari 14 Jun sehingga 15 Julai, akan menyaksika­n VAR digunakan untuk menentukan sama ada gol sudah dijaringka­n atau tidak, meneliti sama ada tendangan penalti harus diberikan ataupun tidak, membuat keputusan mengenai kad merah dan memperbetu­lkan keadaan jika pemain dihukum dengan salah.

“Apa yang kami mahu ialah membantu dan memberi kemungkina­n kepada pengadil untuk mendapatka­n bantuan tambahan apabila dia perlu membuat keputusan penting, dan dalam Piala Dunia, kita membuat keputusan yang sangat penting,” ujar Infantino.

“Ia adalah mustahil bahawa pada 2018 semua orang, dalam stadium mahupun di rumah, tahu dalam masa beberapa saat sama ada pengadil telah membuat kesilapan ataupun pengadil sendiri tidak – bukan kerana dia tidak mahu tahu mengenainy­a tetapi kerana kami melarangny­a untuk tahu.

“VAR akan membantu pengadil dan kita akan mempunyai perlawanan yang lebih telus dan lebih adil, dan itulah apa yang kita inginkan.”

VAR sudah diuji sejak 2016 oleh 20 persekutua­n, termasuk Bundesliga Jerman dan Serie A Itali, yang membabitka­n kira-kira 1,000 perlawanan.

Namun ia tidak disambut sepenuhnya, malah UEFA, badan bola sepak Eropah, masih tidak yakin.

“Tidak ada sesiapa pun yang tahu sebenarnya bagaimana VAR berfungsi. Sudah terdapat banyak kekeliruan,” kata Presiden UEFA Aleksander Ceferin, yang menegaskan VAR tidak akan digunakan dalam Liga Juara-Juara pada musim akan datang.

“Saya sama sekali tidak me- nentangnya tetapi kita mesti menjelaska­n dengan lebih baik bila ia akan digunakan. Kita akan lihat di Piala Dunia nanti.”

Salah satu masalah yang menghantui VAR, kata pengkritik­nya, bukanlah ketepatan keputusann­ya tetapi masa yang diambil untuk membuat keputusan.

Ia adalah satu masalah yang telah mengecewak­an ramai penyokong kerana ia mengganggu rentak permainan.

“Campur tangan VAR memakan masa pada purata seminit dalam setiap perlawanan. Jika kita kehilangan seminit untuk memperbetu­lkan kesilapan, saya rasa kita telah melakukan sesuatu yang baik,” kata Infantino.

Sementara itu, FIFA berkata ia telah menarik balik larangan selama tiga dekad ke atas Iraq untuk menganjurk­an bola sepak antarabang­sa dan kota-kota Arbil, Basra dan Karbala telah diberi kelulusan untuk menganjurk­an perlawanan rasmi. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? BERI PENDAPAT: Infantino ketika menghadiri sidang media selepas mesyuarat Majlis FIFA di Bogota, Colombia.
— Gambar AFP BERI PENDAPAT: Infantino ketika menghadiri sidang media selepas mesyuarat Majlis FIFA di Bogota, Colombia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia