Utusan Borneo (Sarawak)

Mengurus Itali pasti ‘luar biasa’

-

ROM: Jurulatih Zenit St Petersburg, Roberto Mancini, telah mendedahka­n dalam satu temu ramah emosional bagaimana melatih negara asalnya Itali adalah sesuatu yang pasti ‘luar biasa’.

Mancini, 53, adalah antara calon pilihan untuk membimbing juara empat kali Piala Dunia itu, selain pengurus Chelsea, Antonio Conte, dan bekas jurulatih Bayern Munich, Carlo Ancelotti.

“Apabila kita berada di luar negara, kita sentiasa merindui negara kita,” kata Mancini dalam satu episod bagi siri ‘The Lords of Football’ bersama Sky Sports, yang disiarkan semalam.

“Apabila kita berada di Itali, kita kadang-kadang mengkritik­nya dengan sewajarnya. Kita pergi ke luar negara dan kita merindui perasaan ini.

“Kita menjadi nostalgik mengenai masa silam ketika kita muda, pada zaman 70an dan 80an ketika kita melihat pasukan kebangsaan Itali bermain dengan emosi yang hebat.

“Kita tidak tahu dalam kehidupan, saya rasa melatih Itali suatu hari nanti pasti satu perkara yang luar biasa dengan prestij yang amat tinggi sekali.”

“Walau bagaimanap­un, buat masa sekarang, saya akan cuba menang dan berusaha sedaya upaya bersama Zenit,” ujarnya mengenai pasukannya sekarang, yang menduduki tempat kelima di Rusia.

Giampiero Ventura dipecat selaku jurulatih Sepanyol pada November lalu, beberapa hari selepas kegagalan Itali yang mengejutka­n untuk layak ke Piala Dunia buat pertama kali dalam tempoh 60 tahun.

Pengurus baharu dijangka dilantik pada Jun, dan jurulatih pasukan Bawah 21 Itali, Luigi Di Biagio, menggalas tugas buat sementara waktu untuk perlawanan persahabat­an menentang Argentina dan England bulan depan.

Mancini membimbing Manchester City untuk memenangi kejuaraan Inggeris pertama mereka pada 2012, dan memenangi tiga kejuaraan Serie A bersama Inter Milan selain Piala Itali bersama Inter, Fiorentina dan Lazio.

Bekas pemain antarabang­sa Itali itu menyatakan dia mahu mengambil alih selaku jurulatih kebangsaan untuk menunaikan impian memenangi Piala Dunia. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia