Utusan Borneo (Sarawak)

Dovizioso dominasi sesi latihan menjelang MotoGP Qatar

-

DOHA: Andrea Dovizioso dari Itali, naib juara kejohanan dunia pada musim lepas, membawa motosikal Ducati ke tempat teratas carta masa dalam latihan kelmarin untuk perlumbaan MotoGP Qatar yang akan membuka musim.

Dovizioso mencatatka­n pusingan terbaik 1 minit 54.361 saat dalam sesi kedua yang diadakan di bawah lampu limpah, sama seperti perlumbaan nanti di Losail pada malam ini (Ahad).

“Ia amat bagus, dan kami sudah mengesahka­n rasa bagus daripada ujian itu, dan saya amat gembira mengenainy­a,” kata Dovizioso.

“Sudah tentulah kami perlu menyesuaik­an diri dengan suhu dan ia jauh lebih panas. Nasib baiklah motosikal ini berfungsi dengan baik dalam suhu ini dan sekarang kami perlu meneliti maklumat terperinci bagi perlumbaan nanti.”

Dovizioso menamatkan ujian masa di hadapan rakan senegara Danilo Petrucci (Ducati Pramac) dan Alex Rins dari Sepanyol yang menunggang motosikal Suzuki.

Di belakang tiga pelumba tersebut adalah Jorge Lorenzo dari Sepanyol yang menunggang Ducati kilang kedua yang ketinggala­n 0.470 saat di belakang penunggang pertama serta rakan senegara yang juga juara dunia bertahan Marc Marquez yang menunggang motosikal Honda.

Marquez, yang mengejar kejuaraan dunia MotoGP keempat dan ketiga berturut-turut pada musim ini, ketinggala­n 0.489 saat di belakang Dovizioso.

“Sebenarnya litar sudah berubah berbanding dengan ujian di sini dan kita sekarang perlu menyesuaik­an motosikal untuk memastikan tayar berfungsi dengan baik,” kata Marquez.

“Esok kita akan lihat sama ada kami dapat merapati penunggang yang berada di hadapan kami dan, buat masa sekarang, seakan-akan mempunyai sesuatu yang lebih.”

Juara dunia sembilan kali Valentino Rossi, memulakan musimnya yang ke-23, ketinggala­n 0.492 saat lagi di belakang dengan motosikal Yamaha di tempat kesembilan pada keseluruha­n manakala rakan sepasukan Maverick Vinales hanya mampu mencatatka­n masa ke-11 terbaik 0.834 saat di belakang pendahulu.

“Saya tidak menunggang dengan cara yang sempurna dan saya hilang sedikit masa sewaktu saya melakukan pusingan, saya membuat beberapa kesilapan kecil dan saya menanggung akibatnya, kerana kedudukan saya tidak hebat, saya hanya menduduki tempat kesembilan,” kata Rossi, 39, yang menandatan­gani kontrak baharu selama dua tahun dengan Yamaha pada Khamis lepas. — AFP

 ??  ?? DOVIZIOSO
DOVIZIOSO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia