Utusan Borneo (Sarawak)

Skuad Jardim bangkit dari ketinggala­n untuk mengatasi Lille 2-1

-

PARIS: Stevan Jovetic dimasukkan sebagai pemain gantian untuk memberikan kemenangan 2- 1 kepada Monaco selepas ketinggala­n ke atas kelab bermasalah Lille kelmarin, sekali gus mengukuhka­n kedudukan dalam kelompok tiga kelab teratas dalam Ligue 1.

Juara bertahan itu ketinggala­n 14 mata di belakang pendahulu liga Paris SaintGerma­in (PSG), tetapi lebih penting lagi, 12 mata di hadapan Lyon di tempat keempat, yang bertemu dengan kelab di tempat ketiga Marseille pada malam ini (Ahad) dalam perlawanan penting dalam perebutan untuk tempat ketiga yang juga tempat kelayakan terakhir ke Liga Juara-Juara.

Lille sudah kucar- kacir sepanjang musim dan 10 penyokong mereka ditahan reman Khamis lepas setelah penyokong yang marah menceroboh­i padang pada minggu lepas di Stade PierreMaur­oy.

Namun pasukan pelawat memulakan perlawanan dengan rancak di prinsipali­ti berkenaan dan menjaringk­an gol pendahulu yang mengejutka­n pada minit ke- 16 menerusi pemain Afrika Selatan, Lebo Mothiba.

Bagaimanap­un Monaco memperbaik­i permainan, dan menyamakan kedudukan sejurus sebelum waktu rehat hasil kesilapan penjaga gol Lille, Mike Maignan.

Hantaran sempurna Keita Balde sampai ke laluan larian Rony Lopes, dan selepas Maignan melepaskan bola daripada cubaan awalnya yang lemah, pemain Portu- gis itu menolak masuk gol liganya yang ke- 10 pada musim yang cemerlang.

Jovetic, pemain antarabang­sa Montenegro, dimasukkan selepas waktu rehat oleh jurulatih Leonardo Jardim, dan menyumbat gol kemenangan pada minit ke-61.

Bekas penyerang Inter Milan dan Manchester City itu mengejar bola lorongan cantik daripada Joao Moutinho, dan dengan tenang mengangkat bola ke atas Maignan yang tidak dapat berbuat apa-apa untuk menjaringk­an gol keenamnya dalam lima perlawanan.

Monaco melengkapk­an kemenangan tanpa banyak kerenah untuk maju selangkah lagi bagi melayakkan diri ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara bagi musim ketiga berturut-turut.

Lille kekal di tempat kedua tercorot, di belakang Troyes, yang menduduki tempat play-off penyingkir­an, berdasarka­n perbezaan gol. — AFP

 ??  ?? JOVETIC
JOVETIC

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia