Utusan Borneo (Sarawak)

Tenis: Raonic bertemu Del Potro di separuh akhir Indian Wells Masters

-

INDIAN WELLS: Milos Raonic, yang kerap mengalami kecederaan pada 2017, menempah perlawanan separuh akhir menentang raja kebangkita­n Juan Martin Del Potro di kejohanan tenis Indian Wells Masters Jelajah ATP kelmarin.

Raonic, 27, menewaskan Sam Querrey dari Amerika Syarikat (AS) 7-5, 2-6, 6-3 untuk mencatatka­n kemenangan dalam perlawanan keempatnya pada musim ini dan mahu merangkul kejuaraan Jelajah ATP kesembilan dalam kariernya.

Dia akan menentang Del Potro, pemain ranking kelapan di dunia dari Argentina yang menewaskan Philipp Kohlschrei­ber dari Jerman 3-6, 6-3, 6-4 dalam satu lagi perlawanan suku akhir kelmarin.

“Saya sangat gembira kerana saya dapat melakukann­ya pada hari ini,” kata Raonic.

“Saya bermain pada peringkat separuh akhir. Saya gembira mengenai perkara itu. Saya tahu saya dapat bermain dengan lebih baik.”

Raonic tewas dalam perlawanan akhir acara ini pada 2016 dan kini sudah mara ke peringkat separuh akhir dalam tiga penampilan terakhirny­a.

Raonic tidak bermain di Indian Wells pada tahun lepas disebabkan oleh beberapa kecederaan dan pembedahan yang memusnahka­n musimnya.

Del Potro ternyata dapat bersimpati dengan Raonic. Bagi Del Potro, kemaraan ke peringkat separuh akhir merupakan satu lagi kejayaan dalam kebangkita­nnya daripada kecederaan kerana dia sudah kembali ke dalam kelompok 10 pemain terbaik buat pertama kali sejak 2014. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TANGKAS: Reaksi Raonic ketika menentang Querrey pada aksi suku akhir kejohanan tenis Indian Wells Masters di California.
— Gambar AFP TANGKAS: Reaksi Raonic ketika menentang Querrey pada aksi suku akhir kejohanan tenis Indian Wells Masters di California.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia